Soalan Lazim

amalan merupakan syarikat yang membantu para peminjam dana yang tidak lagi boleh melakukan pembayaran kepada pihak bank yang memberikan pinjaman. Kami menyediakan program pengelola pinjaman yang bersesuaian dengan keadaan pelanggan sehingga boleh bebas dari tunggakan atau jika berminat, kami juga boleh membantu mengurangi bayaran ansuran bulanan anda supaya lebih terjangkau.

amalan fintech Sdn.Bhd adalah syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Sijil Pelantikan Wakil Korporat Mengikut Seksyen 333 (5) Akta Syarikat 2016 (Certificate of Appointment of Corporate Representative Pursuant To Section 333(5) of The Companies Act 2016)

Amalan adalah syarikat asia pertama yang mendapat akreditasi dari Pusat Perkhidmatan Akreditasi IAPDA


IAPDA merupakan persatuan syarikat perkhidmatan penyelesaian hutang peringkat antarabangsa, setiap ahli yang diiktiraf oleh IAPDA adalah syarikat diiktiraf dan berpengalaman dalam memberikan komitmen dalam setiap perkhidmatan rundingan bagi pelanggan yang memerlukan bantuan dalam bentuk rundingan hutang.


Untuk baki pinjaman dengan nilai nominal yang tidak terlalu besar (di bawah RM 3000), tidak ada masalah untuk melakukan rundingan terus dengan pihak bank.

Walau bagaimanapun, untuk jumlah nominal minimal RM 3000, terutamanya dengan lebih daripada satu jumlah pinjaman, anda akan menyadari bahwa bekerjasama dengan amalan adalah cara yang paling sesuai dan cepat dalam mengendalikan kerumitan proses rundingan dan mendapatkan hasil terbaik dalam mengurangkan beban pinjaman anda.

Selain mendapatkan tawaran terbaik, anda dapat menjimatkan masa dan tenaga anda untuk melakukan aktiviti seharian anda Walaupun rundingan pinjaman dapat dilakukan secara peribadi, proses yang perlu dilalui tidaklah mudah. Penyediaan dokumen dan pertemuan dengan pihak bank boleh menjadi sukar terutama apabila anda tidak terbiasa dengan proses tersebut.


Hantar e-mel kepada [email protected].