Soalan Lazim

Pelanggan yang boleh dibantu oleh amalan adalah pelanggan yang:
1. Memiliki pinjaman kad kredit dan pinjaman tanpa cagaran dengan tunggakan minimum RM 3000 di bank-bank konvensional.
2. Pinjaman sudah berjalan selama minimum 12 bulan. Kerana secara umum, bank hanya membolehkan untuk menstruktur semula pinjaman dengan minimum waktu tersebut.


Untuk pembiayaan, anda harus menyediakan perkara seperti berikut:
1. Deposit sejumlah RM75 dan deposit ini termasuk dalam yuran perkhidmatan (success fee) akan datang.
2. Yuran perkhidmatan (success fee) amalan adalah dalam lingkungan sekitar 25% sehingga 30% dari jumlah pengurangan yang berjaya kami perolehi dari bank untuk anda bergantung dari jenis program dan jumlah potongan atau pengurangan pinjaman yang anda dapat (dikurangakan dengan deposit yang telah dibayar). Jika pihak kami gagal dalam proses rundingan keringanan, kami tidak akan mengambil yuran perkhidmatan (success fee) tersebut.


Jika anda memilih penyelesaian dengan program diskaun, simpanan yang anda buat akan diperolehi dari jumlah potongan yang ditawarkan oleh bank. Itulah perbezaan jumlah yang pada asalnya dibilkan setelah menyertai program diskaun.

Jika anda memilih program ansuran tetap, simpanan akan datang dari perbezaan ansuran bulanan anda sebelum dan selepas menyertai program ansuran tetap.


amalan sentiasa mencari tawaran terbaik untuk para pelanggannya. Pengalaman kami mengatakan bahwa untuk pinjaman yang di bawah RM 3000, akan lebih menguntungkan Anda jika menghubungi pemberi pinjaman secara langsung. Oleh kerana di bawah RM 3000, kes itu tidak terlalu rumit sehingga anda boleh berunding secara persendirian dengan bank.