Intan Syafira

amalan Malaysia Dapat 25% Diskaun Untuk Hutang Tertunggak dengan Bank

Michael* ialah pelanggan amalan dari Pulau Pinang.

Beliau mempunyai 4 hutang tertunggak dari 3 bank berlainan. Hutang tersebut adalah gabungan hutang peribadi dan hutang kad kredit.

Hutang beliau sangat memberatkannya dan beliau mengalami kesusahan untuk memberi yang terbaik di tempat kerja mahupun kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi, nama beliau ketika itu tertulis dalam senarai hitam Bank Negara Malaysia (BNM). 

Nasib baik beliau jumpa amalan Malaysia. 

Kami bantu Michael untuk berunding dengan pihak-pihak bank yang beliau terhutang. Matlamat Michael adalah untuk mendapatkan penyelesaian penuh atau diskaun supaya beliau dikeluarkan dari senarai hitam BNM.

 

25% diskaun terhadap hutang tertunggak dengan 3 bank berlainan

Kami bekerja keras untuk mencapai matlamat Michael.

Setelah beberapa siri proses perundingan dengan 3 bank tersebut, akhirnya kami mencapai kesepakatan.

Michael berjaya menerima 25% diskaun terhadap hutang tertunggak dengan 3 bank berlainan yang berjumlah RM 86,000.

Ini bermakna Michael mampu membayar balik jumlah hutang yang telah dikurangkan menjadi RM 64,650.

Beliau sangat puas hati dengan penyelesaian ini.

Tidak lama kemudian, beliau telahpun dikeluarkan dari senarai hitam BNM dan seterusnya mampu memohon pinjaman baru.

 

amalan bantu merundingkan diskaun untuk hutang anda

Adakah anda dalam situasi yang sama seperti Michael?

Jangan benarkan hutang memberatkan hidup anda. Inilah masanya untuk mengawal semula kewangan anda!

Selesaikan hutang anda sekarang bersama amalan dan kami akan buat perundingan untuk pembayaran yang lebih murah.

*Michael bukan nama sebenar tetapi fakta lain adalah benar.