Penstrukturan dan Penyelesaian Hutang Cepat & Mudah oleh amalan Malaysia - Cerita Sukses
Frans
Sebelum menerima bantuan daripada amalan Malaysia, Nora (bukan nama sebenar) mengalami kesukaran untuk membayar balik hutang peribadi.
Oleh sebab beberapa isu dalam hidup peribadinya, Nora terpaksa tukar pekerjaan.
Hidup ini banyak cabarannya. Bukannya Nora inginkan pengangguran. Tetapi bila situasi tidak memuaskan atau mengimpak kehidupan harian, seseorang itu haruslah mengambil langkah betul walaupun sukar. Bagi Nora, beliau mempunyai harapan untuk mendapat pekerjaan lain.
Setelah beberapa minggu mencari pekerjaan, akhirnya beliau dapat tawaran. Pada masa ini, beliau sangat terdesak sebab selain kos hidupan harian, beliau juga perlu membayar balik hutang ansuran bulanan.
Oleh sebab tiada pekerjaan lain yang ditawarkan, Nora akhirnya menerima jawatan baru tersebut walaupun gajinya lebih rendah. Nora bersyukur sebab dapat juga pekerjaan baru dan mampu menanggung serba sedikit perbelanjaan harian. Namun, beliau masih tidak mampu untuk melaksanakan pembayaran bulanan untuk hutang peribadi.
Mencari Bantuan Cepat dan Mudah
Bantuan pasti ada apabila kita mencarinya. Tetapi bantuan yang mana sesuai untuk situasi?
Tak ingin dibebani hutang lebih lama, Nora pun mencari bantuan untuk menyelesaikan hutang peribadinya. Ada beberapa agensi di Malaysia yang boleh membantu menyelesaikan hutang.
Namun, perkhidmatan kebanyakan agensi pengurusan hutang adalah tidak memuaskan sebab terlalu lambat atau rumit.
amalan Malaysia sememangnya bukan macam agensi pengurusan hutang yang lain dan sebab itu Nora sudi menerima bantuan kami.
Penstrukturan dan Penyelesaian Hutang Bersama amalan Malaysia
Dengan perkhidmatan atas talian yang cepat dan lancar, amalan telahpun berjaya membantu Nora untuk meringankan beban hutang.
Bukan sahaja bayaran ansuran hutang peribadi Nora dikurangkan dari RM1,040 ke RM480, malah jumlah hutang beliau juga dikurangkan.
Pada asalnya, hutang tertunggak Nora adalah sebanyak RM43,228. Tetapi setelah kami berunding dengan pihak bank, kami berjaya mendapatkan diskaun hutang lebih daripada RM5,000!
Keadaan ini memang tidak selalu dipersetujui oleh pihak bank. Tetapi oleh sebab situasi Nora yang sangat susah walaupun beliau telahpun berusaha sebaik mungkin, pihak bank memberi peluang kepada Nora untuk menyelesaikan hutang dengan lebih mudah dan kadar rendah.
Nora sangat berterima kasih terhadap perkhidmatan amalan sebab tanpa amalan, beliau tidak mungkin mendapat persetujuan baru ini.
Memang betul, tiada syarikat pengurusan hutang lain selain amalan Malaysia yang sanggup bekerja keras untuk meringankan beban pelanggan.
amalan Malaysia juga boleh bantu anda yang mengalami kesukaran dalam hidup dan dibebani hutang dengan cara mewakili anda untuk berunding dengan pihak bank dan dapatkan penyelesaian yang baru.