Diskaun Hutang 47% untuk Tiga Tunggakan Kad Kredit yang Berjumlah RM20,360
Intan Syafira
Akhir tahun lalu, tim amalan berkesempatan untuk memberikan penyelesaian untuk masalah pinjaman yang dialami oleh Johana (bukan nama sebenarnya). Johana memiliki 3 tunggakan kad kredit dari bank yang sama, dengan jumlah tunggakan mencapai angka 71 juta Rupiah (bernilai RM20,360). Di saat itu, Johana masih berusaha untuk terus membayar bil minimum akibat desakan dari bank, yang ternyata bukanlah penyelesaian terbaik, kerana bayaran tersebut tidak mengurangkan tunggakan utamanya. Johana terpaksa medahulukan pembayaran bulanan hutangnya berbanding perbelanjaan keperluannya.
Akhirnya pada Disember 2017, Johana setuju untuk memulakan program pengurusan hutang bersama amalan. Johana memilih untuk mengikuti program diskaun lunas, di mana beliau akan mendapat potongan dengan melunaskan tunggakan sekali gus. Awalnya Johana hampir menyerah kerana tidak tahan dengan pihak pemungut hutang yang terus menerus menuntut setiap hari. Namun akhirnya tim amalan berjaya membantu menyelesaikan masalah tunggakan tersebut.
Dari jumlah tunggakan sebesar 71 juta Rupiah (bernilai RM20,360), Johana berjaya mendapatkan program diskaun lunas dengan bil akhir sebesar 37.5 juta Rupiah (bernilai RM10,750). Ertinya, Johana berjaya mendapatkan potongan diskaun 47%!