3 Tips Terbaik Kerja Di Rumah (WFH) Lebih Produktif
Frans
Dengan peningkatan jumlah kes Coronavirus di Malaysia, rakyat digalakkan untuk terus berada di rumah. Jadi, suasana work from home telahpun menjadi satu kebiasaan. Namun, kerja di rumah adalah berbeza daripada kerja di pejabat. Di rumah mungkin terdapat banyak gangguan yang menyebabkan kerja anda kurang produktif. Anda mungkin perlu beri lebih perhatian kepada anak-anak ataupun mungkin terganggu dengan keselesaan katil anda. Apa-apa pun gangguan yang anda alami, ada jalan solusi untuk kembali semula ke arah hidup yang lebih produktif.
1. Tetapkan Jadual Harian
Pada setiap hujung minggu, jadikan ia satu tabiat untuk anda menetapkan jadual harian untuk minggu yang akan datang. Dengan ini, anda boleh kenalpasti jenis kerja dan deadline yang anda perlu laksanakan. Walaupun bukan taktik khusus WFH, ia adalah taktik yang sangat penting bagi anda yang kerja di rumah. Tanpa arah tuju atau to-do list yang tetap, anda mungkin akan kehilangan arah dan lebih cenderung untuk buat perkara lain yang kurang produktif. Apabila anda tahu apa yang anda perlu lakukan, anda akan lebih bermotivasi untuk menyelesaikannya.
2. Sediakan Ruang Kerja Produktif
Suasana yang produktif adalah salah satu rahsia kerja di rumah yang produktif. Apabila anda ke pejabat, minda anda akan secara automatik mendaftarkan suasana yang menggalakkan untuk anda bekerja dengan produktif. Di rumah, ia biasanya adalah suasana untuk anda berehat. Namun, ketika pandemik ini, suasana di rumah perlu diubah suai untuk dijadikan suasana seperti di tempat kerja. Ini supaya anda boleh memberitahu minda anda untuk menjadi lebih produktif. Jadi, pastikan anda sediakan ruang kerja anda di rumah dengan kemas serta mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk melaksanakan kerja anda.
3. Gunakan Teknik Pomodoro
Ketika bekerja, walaupun adanya jadual tetap atau to-do list, anda mungkin masih boleh terganggu dengan perkara lain. Untuk mengurangkan atau mengelakkan perkara ini berlaku ketika kerja di rumah, anda boleh menggunakan teknik pomodoro. Teknik ini mudah sahaja. Apabila mula bekerja, tetapkan timer atau jam randik selama 20 minit. Dalam masa 20 minit tersebut, anda hanya fokus kepada kerja anda. Setelah tamat 20 minit, tak kira jika kerja anda selesai atau tidak, anda boleh rehat selama 10 minit. Kemudian, anda teruskan dengan pusingan seterusnya sehinggalah tamat pekerjaan tersebut ataupun tamat waktu kerja anda. Dengan teknik ini, hidup WFH anda akan jadi lebih produktif sebab tak membazir masa dan juga memastikan anda berehat secara berkala.
PRODUKTIF TANPA BEBAN
Walaupun anda kelihatan produktif, adakah anda gembira kerja di rumah atau WFH?
Adakah anda terbeban dengan isu peribadi lain seperti masalah kewangan atau hutang tertunggak yang mengganggu produktiviti kerja anda?
Jika anda terbeban dengan masalah hutang peribadi atau kad kredit, kami sudi membantu anda. Hubungi kami untuk perundingan percuma.