Cara Menangani Masalah Kewangan dan Kesihatan Mental

Frans

Sejak kejadian pandemik lebih setahun lalu, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan program pencegahan virus Covid-19 melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, keadaan ini telah memberi impak negatif terhadap aktiviti ekonomi negara. Ramai rakyat Malaysia telah mengalami pengurangan pendapatan akibat kehilangan pekerjaan atau pengangguran. Masalah kewangan ini bermakna rakyat mengalami kesusahan untuk menunaikan komitmen harian atau bulanan seperti membayar sewa rumah, pinjaman kereta, bil elektrik, bil air, dan makanan harian. Hal ini secara langsung boleh mengimpak kesihatan mental.

Apakah Kaitan Masalah Kewangan dengan Kesihatan Mental?

The Centre iaitu sebuah organisasi penyelidikan telah melaksanakan sebuah kajian tentang pengaruh PKP pertama terhadap kesihatan mental rakyat Malaysia. Kajian tersebut menunjukkan bahawa mereka yang mengalami pengurangan pendapatan melaporkan perasaan kemurungan, kegelisahan dan stres yang lebih tinggi daripada mereka yang tidak mengalami apa-apa perubahan pendapatan. Kajian akademik dari negara lain juga telah membuktikan bahawa masalah kewangan dan masalah kesihatan mental berkait rapat. Lebih-lebih lagi, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan negara-negara supaya lebih prihatin dan mengutamakan penyediaan yang mencukupi bagi menangani masalah kesihatan mental dalam merangka respons terhadap pandemik Covid-19.

Kenapa Perlu Menangani Masalah Kesihatan Mental?

Kita tahu bahawa masalah kewangan boleh menyebabkan masalah kesihatan mental. Tetapi yang sebaliknya juga adalah benar. Mereka yang mengalami masalah kesihatan mental juga akan mengalami kesusahan dari segi pengurusan kewangan. Ini akan menjadi satu kitaran masalah yang sangat memudaratkan. Jadi, untuk memudahkan pengurusan kewangan, kesihatan mental juga perlu diusahakan.

Cara Menangani Masalah Kewangan dan Kesihatan Mental

Dalam bulan kesedaran kesihatan mental ini, kami ingin menggalakkan anda untuk berusaha memahami dan menangani masalah kesihatan mental yang boleh menjejaskan kehidupan harian. Ikuti langkah-langkah berikut untuk memulakan perjalanan anda ke arah kehidupan yang lebih sihat.

1. Perhatikan tabiat kewangan dan emosi

Langkah pertama ini hanya memerlukan anda untuk memerhatikan dan merekodkan tabiat kewangan dan emosi anda. Perhatikan aliran keluar pendapatan anda dan ke mana ia pergi. Kemudian, perhatikan apakah emosi anda apabila anda melaksanakan sesuatu pembayaran. Perhatikan juga emosi anda apabila gaji masuk pada akhir bulan. Cuba perhatikan tabiat anda selama sebulan dan rekodkan dalam buku nota.

2. Dapatkan bantuan kewangan

Setelah anda memahami tabiat anda, tiba masanya untuk mendapatkan bantuan. Anda boleh mencari bantuan untuk mengurus kewangan anda secara am ataupun meminta bantuan spesifik. Contohnya, jika anda mendapati bahawa hutang telahpun tertunggak, anda boleh minta bantuan perkhidmatan pengurusan hutang seperti amalan untuk menyelesaikan hutang. Ini supaya anda tidak digelar muflis dan membebankan lagi hidup anda serta keluarga.



3. Dapatkan kaunseling untuk kesihatan mental

Bantuan kewangan hanyalah satu aspek dalam penyelesaian masalah ini. Anda juga perlu mengambil kira kesihatan mental anda yang sangat berkait rapat dengan kesihatan kewangan anda. Perkhidmatan pengurusan kewangan bukanlah pakar kesihatan mental. Jadi, anda perlu menghubungi pakar psikologi atau perkhidmatan kaunseling kesihatan mental. Anda boleh memulakan dengan melaksanakan panggilan kepada Befrienders di talian +603-79568145. Ia adalah perkhidmatan percuma dalam talian yang boleh memberi cadangan lanjut untuk mendapatkan perkhidmatan profesional.

4. Berusaha untuk mengubah keadaan semasa

Setelah meminta bantuan dan mendapati beberapa nasihat daripada pakar industri, anda perlulah berusaha untuk membaik pulih keadaan anda. Dari segi kewangan, anda boleh menyediakan strategi kewangan dan mengatur bajet. Pastikan dana kecemasan mencukupi dan simpan dana untuk menyelesaikan hutang. Dari segi kesihatan mental pula, anda boleh memulakan tabiat seperti journaling, meditasi, pemakanan sihat dan senaman harian. Ingat, perkara-perkara ini perlu dilakukan jika anda ingin mengubah hidup anda kepada yang lebih baik.

Ke Arah Membina Rangkaian Sokongan

Walaupun langkah-langkah di atas adalah untuk manfaat individu, kita sebagai rakyat Malaysia juga perlu bersama-sama berusaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap masalah ini. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kesihatan kewangan dan mental adalah berkait rapat. Jadi, selain mementingkan kesihatan mental apabila mengalami masalah kewangan, rakyat Malaysia juga boleh memberi sokongan kepada mereka yang mempunyai isu kesihatan mental. Apabila kita mampu menangani masalah kesihatan mental, ia boleh memudahkan pengurusan kewangan dan seterusnya meningkatkan kesihatan ekonomi negara. Pakar industri berkenaan juga boleh membina rangkaian perkongsian pengetahuan antara sektor kewangan dan psikologi. Bersama-sama kita jaga kita.

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang