6 Masa Sesuai Untuk Dapatkan Pinjaman Peribadi dan Penyelesaian Hutang

Frans

Adakah anda dalam kem berani hutang atau takut hutang?

Mereka yang berani hutang ni biasanya confident bila nak memohon hutang. Oleh sebab situasi hidup mereka yang sihat dari segi kewangan, biasanya skor kredit mereka tinggi dan mampu bayar balik hutang tersebut.

Tapi bagaimanakah jika anda takut nak memohon pinjaman tetapi situasi anda dikehendakkan anda berbuat demikian?

Anda mungkin terdengar cerita orang yang ambil pinjaman ni sering terjebak dalam masalah hutang. Mereka ni ingat boleh bayar balik tetapi akhirnya tidak mampu.

Mungkin tiba-tiba masalah lain muncul pula. Jatuh sakit, kemalangan, pengangguran... semua tu ada kos tau!

Anda juga mungkin telah mempunyai beberapa pinjaman dan oleh sebab masalah baru yang muncul, anda perlu mengambil pinjaman lain. Namun, anda takut sebab tak nak bebankan diri lagi dengan hutang.

Adakah ini masa sesuai untuk ambil hutang baru? 

Macam mana nak tahu?

6 Sebab Dapatkan Pinjaman Peribadi

Kalau anda jenis takut hutang, tanya diri terlebih dahulu sama ada mempunyai sebab munasabah untuk memohon pinjaman. Jika alasan anda akan membawa faedah pada masa terdekat dan anda mampu bayar balik, jangan takut untuk mengambil pinjaman tersebut. Tak salah jika niat baik.

Tapi kalau anda jenis yang tak takut memohon pinjaman, berhati-hati supaya tak tertunggak hutang nanti. Lagi susah nak bayar balik hutang sebab kadar faedah bertimbun. Lebih-lebih lagi, nanti pengutip hutang akan selalu kacau kedamaian hidup.

Jadi, pastikan ada sebab munasabah seperti berikut sebelum memohon sebarang pinjaman peribadi.

1. Masalah Kesihatan, Kemalangan atau Kecemasan Keluarga

Pernah tak alami sebarang penyakit atau kemalangan yang tak diingini? Kos perubatan untuk kecemasan sebegitu boleh mencecah beribu-ribuan. Dah sakit lagi buat parah lagi dengan kos tinggi. Sangat membebankan!

Kalau bayar guna kad kredit, tinggi kadar faedahnya pula. Jadi, waktu macam inilah anda boleh memohon untuk dapatkan pinjaman peribadi sebab kadar faedah lebih rendah daripada kad kredit.

Selain bil hospital, perkara lain juga boleh timbul seperti kematian seseorang ahli keluarga. Jika ahli keluarga tersebut tidak meninggalkan wang untuk pengkebumiannya, anda mungkin terpaksa menanggung pembayaran tersebut.

2. Pengubahsuaian Rumah

Selain kecemasan yang tak dijangka, ada perkara lain yang boleh mendorong anda untuk memohon pinjaman peribadi. Anda mungkin ingin atau terpaksa melaksanakan pengubahsuaian rumah. Keadaan terpaksa mungkin sebab paip bocor atau peralatan dapur rosak.

Apa-apa pun sebab, anda mungkin tidak mempunyai dana simpanan mencukupi untuk pengubahsuaian ini. Ingat, anda tak sepatutnya mengeluarkan wang daripada dana kecemasan! Jika simpanan tak mencukupi untuk projek ini, anda mungkin boleh memohon pinjaman.

Namun, tak semua boleh memohon pinjaman peribadi untuk tujuan ini sebab pengubahsuaian rumah mungkin adalah sebahagian daripada pakej pinjaman perumahan. Tetapi jika anda boleh membiayai kos projek ini melalui pinjaman peribadi, kosnya mungkin lebih rendah.

Jika pengubahsuaian ini hanya secara kecil-kecilan, mungkin permohonan pinjaman peribadi adalah tidak berpatutan.

3. Pindah Rumah Jauh

Walaupun tak ramai yang mungkin melaksanakan perkara ini tetapi kita perlu pertimbangkan situasi ini. Jika anda ingin pindah rumah di tempat yang lebih jauh, anda mungkin memerlukan kos yang lebih tinggi.

Jadi, pinjaman peribadi boleh membantu anda untuk alihkan barangan rumah, beli perabot baru dan juga mengangkut kenderaan merentas desa.

Tetapi ingat, anda perlu pastikan pendapatan anda mencukupi untuk membayar balik hutang pinjaman tersebut setiap bulan.

4. Perkahwinan

Sebaik-baik mungkin, jauhilah daripada berhutang apabila berkahwin. Laksanakan majlis secara kecil-kecilan atau mengikut kemampuan. Dalam musim pandemik ini, memang disyorkan supaya tidak melaksanakan majlis secara besar-besaran demi kebaikan semua pihak.

Namun, jika pada masa depan majlis besar-besaran boleh dilaksanakan, pastikan anda mempunyai dana mencukupi. Jika terpaksa memohon pinjaman, pastikan pendapatan pasangan suami isteri boleh menyumbang kepada pembayaran hutang pinjaman tersebut.

Permohonan pinjaman untuk perkahwinan mungkin boleh beri manfaat dari segi penjimatan masa. Anda dan pasangan mungkin tak mampu simpan dana sepuluh tahun sebelum boleh berkahwin. Jadi, pinjaman boleh mempercepatkan proses tersebut.

Yang penting, anda tahu tanggungjawab untuk bayar balik hutang tersebut dengan tekun.

5. Pendidikan

Jika anda tak mampu atau tak layak untuk mendapatkan pinjaman pendidikan PTPTN, anda boleh memohon untuk mendapatkan pinjaman peribadi.

Dengan pinjaman peribadi, anda mungkin tidak terikat kepada syarat-syarat lain yang mungkin lebih membebankan. Sebaliknya, anda boleh teruskan pekerjaan tetap anda sambil melaksanakan pelajaran siswazah secara sambilan atau part-time. Dengan cara ini, anda masih mempunyai pendapatan untuk membayar balik pinjaman tersebut.

Pastikan anda mempunyai strategi dan sebab munasabah untuk meneruskan pelajaran anda. Biasanya bila kita upskill ini bermakna kualiti pekerjaan kita akan meningkat dan pendapatan juga berkembang. Insya-Allah, pelajaran anda akan membawa berkat.

6. Penyatuan Hutang

Selain sebab-sebab di atas, seseorang itu mungkin ingin memohon pinjaman peribadi untuk menyatukan dan membiayai semula hutang sedia ada.

Anda mungkin mempunyai hutang dengan beberapa buah bank atau pemiutang yang kadar faedahnya berlainan dengan waktu pembayaran yang berlainan. Ini mungkin membingungkan anda dan buat anda stress.

Jadi, solusinya adalah untuk memohon satu hutang peribadi untuk bayar balik setiap hutang tertunggak anda dengan kadar faedah yang lebih murah atau berpatutan.

Cara Praktikkan Pinjaman Bertanggungjawab

Sekarang anda faham bahawa permohonan pinjaman peribadi ketika situasi tertentu boleh membawa faedah baik untuk hidup anda. Sebelum anda mendapatkan sebarang pinjaman, pastikan anda faham tanggungjawab tersebut dan semak kemampuan anda terlebih dahulu.

PASTIKAN SEBAB MUNASABAH

Walaupun skor kredit tinggi, anda tak semestinya boleh suka-suka dapatkan pinjaman untuk perkara yang remeh-temeh. Jadi, pastikan anda mengenal pasti kenapa anda ingin memohon sesuatu pinjaman. Adakah ia untuk kecemasan yang tak dijangka, pembiayaan pelajaran ataupun penyatuan hutang? Bincang dengan ahli keluarga ataupun dapatkan bantuan daripada penasihat kewangan terlebih dahulu.

PASTIKAN DANA MENCUKUPI

Apabila anda dalam proses memohon hutang, pastikan anda mempunyai dana mencukupi untuk bayar balik hutang pinjaman tersebut. Lihat semula bajet anda dan pastikan pendapatan anda mencukupi untuk menampung bukan sahaja keperluan harian anda malah penyimpanan dana untuk kecemasan, persaraan dan juga pembayaran balik hutang.

BAYAR HUTANG PADA MASANYA

Ini sangat penting. Seperti kad kredit, jika anda tak bayar balik setiap bulan, anda akan dikenakan kadar faedah tinggi atau dicaj yuran penalti. Sebab itu anda perlu pastikan dana anda mencukupi untuk bayar balik hutang pinjaman peribadi pada tarikh pembayarannya.

Solusi Bila Hutang Tertunggak

Dalam point no.6 di atas, kami terangkan keadaan di mana anda mungkin ingin menyatukan beberapa jenis hutang untuk meringankan beban.

Hal ini adalah untuk anda yang mempunyai beberapa hutang tertunggak dan ingin memohon satu pinjaman untuk bayar balik semua hutang.

Apabila anda melaksanakan perkara ini, kadar faedah anda mungkin akan jadi lebih rendah daripada apa yang dibayar sekarang. Lebih-lebih lagi anda tak perlu risau dengan tarikh pembayaran yang berlainan. Semuanya dalam satu penyata bil.

Jadi, bagaimana anda boleh berbuat demikian?

Anda perlu cari program pinjaman yang sesuai, bandingkan kadar faedahnya dengan yang sekarang, berunding dengan pihak pemberi pinjaman, berunding dengan pihak-pihak bank berlainan, dan isi borang yang pelbagai.

Kalau nak senang, hubungi kami sahaja.

Kami di amalan akan bantu mewakili anda untuk melaksanakan pembiayaan semula yang memanfaatkan anda. Lain daripada yang lain, proses kami sangat responsif, cepat dan mudah.

Tunggu apa lagi?

Selesaikan masalah hutang anda sekarang dan nikmati hidup yang lebih senang!

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang