Manfaat & Tips Pembiayaan Semula Hutang Peribadi (Loan Refinancing)
Frans
Bayangkan anda mempunyai tiga orang teman wanita (atau lelaki). Anda ingat boleh layan tiga-tiga sekaligus sebab tak nak komitmen tinggi. Tetapi mereka semua inginkan hubungan yang lebih rapat. Setiap kali dating, kena keluarkan duit perbelanjaan. Kali tiga, memang telan habis duit anda. Lagi-lagi anda kadang-kadang lupa nak jumpa salah seorang sebab lupa atau ingat perjumpaan tersebut dengan seorang lagi pada esok harinya. Sangat mengelirukan!
Sama seperti bila anda ada pelbagai jenis hutang yang memerlukan perhatian yang berlainan. Satu kadar faedahnya sangat tinggi. Satu lagi pembayaran bulanannya tinggi. Satu lagi perlu dibayar habis dalam beberapa bulan lagi. Ini sangat membebankan anda dan membawa stress yang melampau. Lagi-lagi, keadaan tak dijangka telahpun berlaku baru-baru ni seperti situasi pandemik yang menyebabkan pengangguran atau kurang pendapatan.
Macam mana nak bayar balik hutang kalau dana pendapatan tak mencukupi?
Pembiayaan Semula Hutang Meringankan Beban
Jika anda mempunyai beberapa jenis hutang tertunggak, anda sebenarnya boleh membiayai semula hutang-hutang tersebut.
Pembiayaan semula hutang adalah proses menyatukan semua hutang anda menjadi satu. Jadi, kadar faedahnya pun disatukan dan kemungkinan besar dikurangkan dan tempoh bayar balik adalah sama.
Proses ini memerlukan anda untuk mengambil pinjaman peribadi yang baru. Pinjaman tersebut akan secara asasnya bayar balik semua hutang semasa. Anda hanya perlu bayar balik pinjaman yang baru ini dengan terma yang lebih memuaskan.
Salah satu terma tersebut mungkin adalah pilihan untuk memilih kadar faedah yang tetap. Dengan kadar faedah tetap, anda tidak perlu risau jika kadar faedah pasaran tiba-tiba meningkat. Namun, anda perlu pasrah jika kadar faedah pasaran menurun dan anda mungkin tidak akan mengambil keuntungan.
Walaupun begitu, pembiayaan semula biasanya membawa banyak manfaat kepada peminjam. Ia meringankan beban hutang dan menyenangkan hidup.
Perbezaan Penyusunan dan Penstrukturan Semula Hutang
Proses penyelesaian hutang ini ada pelbagai cara. Ia bergantung kepada kemampuan anda dan juga kerjasama pihak bank atau pemiutang. Apa-apa pun cara, matlamatnya adalah untuk meringankan beban hutang anda dan satu hari nanti nikmati hidup bebas hutang.
Anda sekarang telahpun faham tentang pembiayaan semula hutang. Ini adalah cara yang paling popular oleh sebab hutang tersebut disatukan dengan kadar faedah yang lebih memuaskan.
Penyusunan semula hutang adalah subset pembiayaan semula hutang. Jika hutang anda telah disatukan tetapi masih tidak mampu untuk membuat bayaran ansuran bulanan, penyusunan semula hutang akan dilaksanakan. Ini bermakna jumlah bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan tetapi jangka pembayaran balik akan menjadi lebih panjang. Jumlah hutang semasa masih sama tetapi mungkin akan ditambah yuran perkhidmatan dan sebagainya.
Penstrukturan semula hutang adalah berbeza daripada pembiayaan atau penyusunan semula hutang. Matlamat penstrukturan semula hutang adalah untuk mengurang jumlah hutang sekaligus memendekkan jangka bayaran balik. Proses ini lebih sukar dilaksanakan dan perlukan perundingan oleh pihak profesional seperti amalan Malaysia. Ia juga bergantung kepada situasi semasa anda dan juga kerjasama pihak bank atau pemiutang.
Tips Pembiayaan Semula Hutang
Jika anda bertekad untuk menyelesaikan hutang semasa, anda perlu berusaha untuk meringankan beban hutang yang menyusahkan hidup anda.
Bagi anda yang mempunyai beberapa jenis hutang dan ingin menyatukan mereka, anda boleh mengikuti langkah-langkah ini:
1. Senaraikan semua jenis hutang dan pembiayaan
Pertama sekali kita perlu melaksanakan inventori hutang. Senaraikan semua baki hutang, kadar faedah setiap hutang anda, dan juga ansuran bulanan yang anda sedang bayar untuk setiap hutang. Dengan adanya senarai ini, anda boleh lihat yang mana terlampau makan dana anda. Biasanya hutang kad kredit yang mencekik si peminjam sebab kadar faedahnya sangat tinggi. Senarai ini juga akan jadi garis panduan bila anda ingin berunding kadar faedah yang lebih rendah apabila memohon pembiayaan semula hutang.
2. Buat penyelidikan tentang pinjaman peribadi
Seperti kami terangkan di atas, proses pembiayaan semula ini memerlukan anda untuk mengambil pinjaman peribadi yang baru untuk bayar balik semua hutang anda. Jadi, anda perlu membuat penyelidikan pinjaman peribadi yang termanya membawa lebih manfaat kepada anda. Proses ini mungkin mengelirukan atau agak susah untuk dipastikan sebab ada pelbagai pinjaman peribadi yang ditawarkan. Sebab itu, bantuan profesional seperti amalan Malaysia adalah sangat berguna dan memudahkan anda.
3. Kira kos pembiayaan semula
Setelah anda memilih beberapa program pembiayaan semula yang bakal membantu anda, kini masanya untuk mengira setiap kos atau yuran yang tertakluk. Ini mungkin termasuk yuran permohonan, pembayaran balik awal, yuran asal dan yuran berterusan. Penting untuk anda mengetahui kos-kos tersebut sebab anda tidak mahu kos-kos tersebut melebihi hutang semasa atau kemampuan anda. Sekali lagi, bantuan profesional boleh membantu anda dalam proses ini.
4. Permohonan pembiayaan semula
Setelah anda puas hati dengan sesuatu program pembiayaan semula tersebut, anda boleh meneruskan dengan permohonan pembiayaan. Langkah ini mungkin memerlukan anda hadir ke bank dan isi beberapa borang.
5. Pastikan pinjaman asal ditutup
Apabila lulus permohonan pembiayaan semula anda, pastikan pinjaman asal telah ditutup. Anda perlu bagi tahu pihak bank atau pemiutang asal bahawa semua hutang telah dijelaskan. Pinjaman peribadi baru anda sepatutnya telah bayar balik semua hutang asal anda. Jika anda tak boleh hubungi pihak pemiutang asal, dapatkan laporan kredit baru untuk memastikan pinjaman asal telah dijelaskan.
Senangkan Proses Pembiayaan Semula Bersama amalan Malaysia
Memang banyak langkah anda perlu lakukan jika ingin membiayai semula hutang. Proses ini mungkin rumit bagi anda dan kesilapan mungkin berlaku apabila memohon pembiayaan semula. Nak buat penyelidikan pun mungkin mengelirukan sebab tak tahu yang mana paling bagus untuk situasi anda sekarang.
Sebab itu adanya amalan. Kami adalah syarikat pengurusan hutang yang terkemuka di Asia Tenggara bertugas untuk mewakili anda berunding dengan pihak bank atau pemiutang. Dengan kepakaran dan pengetahuan dalam hal ehwal hutang, kami akan bantu anda membiayai atau menstruktur semula hutang supaya anda boleh menikmati hidup bebas hutang satu hari nanti.
Jika anda ingin bantuan profesional untuk menyelesaikan semua hutang anda, hubungi kami sekarang!