Kenapa Kad Kredit, Skor Kredit dan Pinjaman Peribadi Penting Untuk Penyatuan Hutang

Frans

Kad kredit merupakan satu kemudahan yang memberi kesenangan dalam hidup anda. Ia membolehkan anda membeli belah secara online dengan lebih selamat daripada menggunakan kad debit. Bayaran boleh dilaksanakan pada bulan hadapan apabila gaji sudah masuk jadi anda tidak perlu risau tentang kekurangan wang tunai. Namun, jika anda gagal bayar bil kad kredit setiap bulan, anda akan dikenakan kadar faedah yang tinggi. Hutang kad kredit ini boleh menjejaskan skor kredit anda serta kelulusan permohonan pinjaman peribadi untuk penyelesaian hutang.

Konsep Skor Kredit

Skor kredit mencerminkan tahap kebolehpercayaan anda atau creditworthiness. Penggunaan kad kredit akan menentukan taraf atau nilai kredit anda. Jika anda seorang bertanggungjawab dan sering bayar balik hutang kad kredit setiap bulan, skor kredit anda akan kekal tinggi dan sihat. Sebaliknya, jika anda mempunyai hutang kad kredit tertunggak, nilai skor kredit akan menjadi rendah.

Kenapa Skor Kredit Penting

Anda mungkin tertanya-tanya, kenapa penting untuk memastikan skor kredit yang tinggi? Mungkin sekarang ini tidak ada kepentingan yang besar untuk anda. Tetapi pada masa depan kelak skor kredit tinggi sebenarnya boleh bantu anda apabila ingin membuat sebarang pinjaman seperti pinjaman kereta, pinjaman rumah dan pinjaman pendidikan. Anda juga boleh memohon untuk mengambil pinjaman peribadi untuk menyelesaikan semua hutang anda.

Apabila anda bercadang untuk mengambil mana-mana jenis pinjaman, pihak bank akan melihat skor kredit anda untuk memastikan bahawa anda seorang yang bertanggungjawab dan mampu membayar balik pinjaman yang bakal diberi. Jika skor kredit anda rendah, pihak bank akan rasa kurang yakin sebab ia bermakna anda mungkin tidak akan mampu untuk membayar balik pinjaman tersebut.

Cara Tingkatkan Skor Kredit

Bagi memastikan skor kredit tinggi supaya anda bersedia apabila ingin memohon pinjaman, anda boleh melaksanakan langkah-langkah berikut untuk meningkatkan skor kredit.

1.     Dapatkan kad kredit seawal mungkin untuk membina sejarah kredit yang lebih panjang.

2.     Bayar bil kad kredit pada masanya untuk mengelakkan daripada dikenakan kadar faedah tinggi.

3.     Pastikan hutang kad kredit anda sentiasa rendah iaitu tidak lebih daripada 30% jumlah had kad kredit.

4.     Jika hutang tertunggak, selesaikan dengan segera untuk mengelakkan skor kredit yang rendah.



Skor Kredit Tinggi Boleh Bantu Melaksanakan Penyatuan Hutang

Anda mungkin mempunyai beberapa jenis hutang lain seperti hutang pinjaman pendidikan, pinjaman kereta, hutang perubatan, dan sebagainya. Adakah anda mengalami masalah untuk membayar ansuran bulanan bagi setiap satu tepat pada masanya? Adakah anda sudah tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan sebab kadar faedah yang tinggi?

Tiba masanya untuk anda menyelesaikan hutang anda melalui penyatuan hutang. Dengan cara ini, anda akan mengambil satu pinjaman peribadi yang kadar faedahnya lebih rendah daripada jumlah kadar faedah semua jenis hutang anda. Pinjaman tersebut secara asasnya akan membayar balik semua hutang anda. Kemudian, anda hanya perlu bayar balik pinjaman peribadi itu sahaja bermakna anda fokus kepada satu ansuran bulanan sahaja.

Untuk memperoleh pinjaman peribadi tersebut, anda perlu menunjukkan bahawa anda mampu membayar balik pinjaman tersebut. Oleh sebab itu, anda perlu memastikan nilai skor kredit tinggi serta laporan CCRIS atau CTOS yang baik. Bagi menjamin skor kredit tinggi, anda perlu menggunakan kad kredit secara bertanggungjawab. Jadi, itulah kaitan kad kredit, skor kredit dan pinjaman peribadi yang mampu membantu anda menyelesaikan hutang melalui program penyatuan hutang.

Daftar Program Penyatuan Hutang Bersama amalan Malaysia

Apabila membuat permohonan penyatuan hutang, anda perlu menghadirkan diri di cawangan bank dan berunding dengan pihak bank. Anda juga harus meluangkan masa yang banyak untuk menyediakan pelbagai dokumen yang diperlukan. Dengan pekerjaan anda serta komitmen keluarga, perkara ini mungkin sangat sukar untuk anda.

Sekarang ini, anda tidak perlu risau. Kami di amalan Malaysia sudi bantu meringankan beban anda. Dengan perkhidmatan atas talian yang cepat dan mudah, proses penyatuan hutang anda akan menjadi lebih lancar. Anda juga tidak perlu ke bank ataupun berunding dengan pihak bank. Semuanya kami akan laksanakan sebagai wakil anda.

Tunggu apa lagi? Daftar sekarang untuk perundingan percuma bersama kami.

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang