Sebab Skor Kredit Penting dan Cara Meningkatkan Skor Anda

Diyana Rahim

Cuba lihat dompet anda. Ada tak sekurang-kurangnya sekeping kad kredit? Mesti ada kan. Dan kami pasti kad kredit anda telah memberi kesenangan dalam hidup. Boleh beli barang online dengan selamat, boleh bayar bil hospital anak, dan yang paling penting boleh tingkatkan skor kredit.

Apa Maksud Skor Kredit?

Bila anda guna kad kredit, anda sebenarnya berhutang dengan bank. Selalunya, pengguna kad kredit akan bayar balik hutang tersebut dalam masa sebulan atau sebelum due date supaya tak dikenakan kadar faedah.

Jika anda pengguna kad kredit yang bijak dan bertanggungjawab, anda akan bayar hutang anda secepat mungkin. Bila anda bayar balik jumlah yang dihutang, ini akan meningkatkan taraf atau nilai kredit anda. Dalam perkataan lain, nilai ini yang dinamakan 'skor kredit' mencerminkan tahap kebolehpercayaan anda atau creditworthiness.

Setiap penggunaan kad kredit akan menentukan taraf atau nilai kredit anda.

Skor kredit atau nilai yang tinggi menunjukkan sikap bertanggungjawab anda membayar balik hutang pada masanya, manakala nilai yang rendah bermaksud anda mempunyai hutang yang belum selesai.

Infographics-01

Kenapa Skor Kredit Penting?

Katakan anda nak buat pinjaman untuk pendidikan anak ke universiti antarabangsa. Jika anda tak mempunyai wang simpanan yang cukup atau tak dapat biasiswa, anda mungkin perlukan pinjaman.

Pihak bank atau pemberi pinjaman tak akan memberi wang sewenang-wenangnya. Mereka nak pastikan yang anda mampu bayar balik wang pinjaman tersebut. Jadi, bagaimana mereka memastikan anda stabil secara kewangan, bertanggungjawab dan boleh dipercayai?

Mereka akan semak repot kredit anda yang mengandungi skor kredit untuk melihat rekod pinjaman anda, sama ada anda selalu bayar hutang tepat pada masanya atupun mempunyai hutang tertunggak.

Dengan informasi dari repot kredit anda, pihak bank atau pemberi pinjaman boleh memastikan:

  • sama ada permintaan pinjaman anda boleh diluluskan
  • kadar faedah yang patut dikenakan

Jika skor kredit anda bagus (dalam lingkungan nilai 697-850), pinjaman anda boleh diluluskan dan kadar faedah yang perlu anda bayar mungkin boleh dikurangkan.

Faktor Lain Selain Skor Kredit Untuk Membuat Pinjaman

Skor kredit anda hanyalah salah satu faktor yang dipertimbangkan oleh pihak bank atau pemberi pinjaman jika anda ingin membuat pinjaman seperti untuk hartanah mahupun bisnes.

Perkara lain yang dipertimbangkan adalah:

  • Bila anda bayar balik hutang kad kredit
  • Penggunaan kad kredit sama ada mencecah had atau tidak
  • Sama ada jumlah hutang anda lagi tinggi daripada pendapatan
  • Berapa banyak permohonan kredit atau hutang aktif anda sebab terdesak

Tabiat Yang Menyebabkan Skor Kredit Rendah

Sebaik-baik mungkin kita perlu elakkan daripada penggunaan kad kredit yang tidak bertanggungjawab supaya skor kredit tak menurun ke bawah nilai 697.

Jadi, pastikan anda TIDAK melakukan tabiat berikut:

  • bayar hutang kad kredit lambat
  • tak bayar hutang tertunggak dan tak mengikut kontrak
  • guna kad kredit sehingga mencecah hadnya
  • aset anda seperti rumah atau kereta ditarik balik oleh sebab tak mampu
  • kurang atau tiada sejarah kredit dalam rekod

Cara Meningkatkan Skor Kredit

  1. Dapatkan kad kredit seawal mungkin Bila anda dapatkan kad kredit sejak mula bekerja lagi, anda berpeluang membina sejarah kredit yang panjang. Ini akan menyenangkan permintaan pinjaman bila anda dah lama bekerja. Jika anda dapatkan kad kredit lambat, anda mungkin kena tunggu lebih lama untuk bina skor kredit anda.

  2. Bayar bil atau hutang dengan kad kredit pada masanya Setelah dapat kad kredit, anda patut menggunakannya dan membayar balik hutang sebelum due date supaya ada catatan skor kredit anda. Kalau nak elakkan penggunaan kad kredit secara berlebihan, hanya terhadkan kad kredit untuk bayaran bil bulanan sahaja.

  3. Pastikan hutang kad kredit anda sentiasa rendah Satu tip ialah memastikan nisbah hutang kepada kredit anda adalah 30%. Contohnya, jika had kad kredit anda ialah RM5,000 sebulan, pastikan anda tak terhutang lebih daripada RM1,500.

  4. Jika hutang tertunggak, selesaikan dengan segera Skor kredit anda akan menurun jika anda tak bayar balik hutang. Jadi walau susah mana pun hidup, anda perlu mencari jalan untuk mendapatkan dana lebih supaya boleh menyelesaikan hutang.

Anda mungkin mengalami kesusahan secara tiba-tiba seperti kena pecat ataupun terpaksa membayar peguam untuk penyelesaian perceraian. Ini menyebabkan anda tidak mampu membayar balik hutang pada masanya dan sebaliknya mengumpul hutang tersebut.

Jadi, apa yang anda patut lakukan jika anda menemui jalan buntu?

Anda boleh minta bantuan dari pihak yang sudi membantu.

amalan Bantu Selesaikan Hutang dan Meningkatkan Skor Kredit

Anda mungkin kenal dengan AKPK iaitu agensi pengurusan hutang di bawah Bank Negara Malaysia. Perkhidmatan AKPK adalah percuma TETAPI bila anda meminta bantuan AKPK, anda tak boleh membuka kredit baru sepanjang proses penyelesaian hutang. Ini kerana hutang anda akan direkodkan dalam sistem kerajaan dan akan menyebabkan kesan buruk pada skor kredit yang di bawah kuasa bank negara.

Tetapi bila anda selesaikan hutang bersama amalan, skor kredit anda tidak akan terjejas.

Ini kerana amalan adalah syarikat swasta dengan akreditasi IAPDA yang bukan di bawah kuasa Bank Negara Malaysia. Jadi, jika anda pentingkan hidup masa depan anda dan keluarga dan ingin meningkatkan skor kredit, cepat-cepatlah selesaikan hutang dengan perunding percuma sekarang!

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang