Cara Semak Skor Kredit CCRIS dan CTOS
Diyana Rahim
Dah beberapa tahun bekerja. Dah beberapa tahun guna kad kredit. Rasanya anda sangat bertanggungjawab sebab rajin bayar balik hutang kad kredit setiap bulan. Jadi skor kredit mesti tinggi, kan?
Sekarang, dah tiba masanya untuk meminta pinjaman untuk beli rumah sebagai aset atau jaminan masa depan. Anda tahu pinjaman boleh lulus dengan kadar faedah rendah sebab skor kredit mungkin tinggi sebab tak ada hutang tertangguk.
Walaupun begitu, anda masih perlu semak skor kredit sebelum pergi bank supaya jimat masa dan ada bukti yang anda boleh dipercayai. Tak boleh datang dengan kata-kata kosong je kan.
Jadi macam mana nak semak skor kredit?
Cara Dapatkan Laporan dan Skor Kredit
Akses kepada laporan kredit anda adalah terhad. Bank Negara Malaysia (BNM) hanya boleh mengemukakan laporan tersebut kepada:
- institusi kewangan
- agensi pelaporan kredit berdaftar
- syarikat untuk laporan kreditnya sendiri
- individu untuk laporan kredit sendiri atau bisnes
Anda boleh ke pusat BNM untuk dapatkan laporan kredit atau boleh guna kemudahan teknologi digital untuk semak secara online.
Semakan Kredit melalui CCRIS
CCRIS (Central Credit Reference Information System) adalah sebuah institusi yang mengumpuklan informasi tentang corak pembayaran pinjaman anda daripada institusi kewangan serta menyediakan laporan kredit asas. CCRIS diuruskan oleh Biro Kredit di bawah BNM.
Informasi yang terdapat dalam CCRIS:
- informasi pinjaman
- rekod pembayaran pinjaman dan tunggakan
- pinjaman dalam pemerhatian
- pinjaman melalui penjadualan & penstrukturan
Untuk mendapat informasi tersebut, anda perlu pergi ke mana-mana pejabat BNM untuk mendapatkan PIN 6 digit dan mengesahkan identiti anda di Kios CCRIS. Kemudian, anda perlu melayari laman web eCCRIS untuk log masuk kali pertama dengan info peribadi.
Walaupun CCRIS memberi laporan kredit anda, ia mungkin tidak mengandungi informasi yang cukup untuk anda memohon pinjaman yang berisiko tinggi.
Semakan Kredit melalui CTOS
CTOS (Credit Tip Off Service) ialah syarikat persendirian yang memberi kemudahan maklumat kewangan individu dalam bentuk kad laporan kredit. Kemudahan ini digunakan oleh institusi kewangan untuk menentukan peluang anda untuk mendapatkan pinjaman.
Laporan kredit CTOS mengandungi informasi tentang pinjaman anda yang dikumpul melalui sumber awam seperti jabatan pendaftaran nasional, suruhanjaya syarikat malaysia dan penerbitan prosiding undang-undang.
Pendek kata, laporan CTOS adalah lebih terperinci dan anda boleh lihat skor kredit anda.
Anda boleh dapatkan laporan CTOS melalui laman web CTOS dengan kadar bayaran seperti berikut:
- laporan kredit asas (tanpa CCRIS dan skor kredit) — percuma
- laporan kredit serta skor kredit — RM25/laporan
- perkhidmatan perlindungan kecurian identiti serta bantuan lain — RM99/setahun
Selesaikan Hutang dan Tingkatkan Skor Kredit
Jika anda dapati melalui laporan kredit bahawa anda mempunyai tunggakan hutang, pastikan anda selesaikannya secepat mungkin. Walaupun skor kredit anda rendah sekarang, anda boleh tingkatkan skor tersebut dengan membayar balik segala hutang dan lebih cermat dengan pinjaman kad kredit.
amalan boleh bantu anda menyelesaikan segala hutang lebih cepat dengan kadar rendah. Anda boleh menstruktur semula pembayaran bulanan ataupun memohon supaya hutang anda yang tinggi diberikan diskaun.
Ya, amalan boleh berunding dengan pihak pemberi pinjaman supaya mengurangkan jumlah hutang anda jika anda dalam keadaan susah. Dengan menggunakan perkhidmatan amalan, skor kredit anda boleh ditingkatkan dan anda boleh jangka laporan kredit CCRIS dan CTOS yang baik untuk pinjaman masa depan.
Dapatkan perundingan percuma bersama kami sekarang!