4 Langkah Mudah Buat Bajet Kewangan Mengikut “50/30/20 Rule”

Diyana Rahim

Mula-mula tak rancang nak beli kasut baru, tetapi akhirnya beli juga.

Inilah dikatakan nafsu manusia yang sering menimpa mereka yang tak berdisiplin dengan hal kewangan. Nafsu tu tak semestinya salah, tetapi jika tak terkawal akan menyebabkan seseorang itu dibebankan hutang dan menyusahkan orang lain.

Apakah solusi mudah?

BUAT BAJET KEWANGAN

Pakar kebankrapan dari Harvard, Elizabeth Warren (kini Senator Amerika Syarikat) telah mencipta istilah "50/30/20 budget rule". Kaedah ini telah menolong ramai orang untuk mengurus kewangan peribadi mereka dan mencapai matlamat kewangan.

Kaedah 50/30/20 ini adalah untuk mereka yang ingin:

  • mengambil kuasa terhadap segala perbelanjaan
  • menikmati hidup bebas daripada beban kewangan

Jika anda bercita-cita tinggi dan tak ingin hidup penuh dengan masalah kewangan, cubalah taktik ini.

Langkah Pertama: Kira pendapatan selepas cukai

Jika anda pekerja tetap di sebuah syarikat, anda boleh kira pendapatan selepas cukai dengan mudah. Lihat berapa jumlah yang tertera pada slip gaji anda. Kemudian, pastikan berapa jumlah cukai yang anda perlu bayar jika gaji bulanan tersebut tetap selama satu tahun. Selepas itu, anda boleh anggarkan berapa wang yang anda masih ada selepas menolak cukai pendapatan.

Jika anda pekerja bersendirian atau pemilik bisnes, pendapatan selepas cukai adalah setelah anda menolak pendapatan kasar dengan perbelanjaan bisnes dan jumlah cukai. Anda mungkin perlu menganggar pada awalnya jika pendapatan anda tak tetap.

Apa-apa pun situasi anda, pastikan anda mempunyai satu jumlah yang boleh digunakan untuk perbelanjaan dan penyimpanan.

Langkah Kedua: Tetapkan 50% untuk keperluan anda

Daripada jumlah pendapatan selepas cukai, anda boleh guna 50% daripada jumlah tersebut untuk keperluan anda. "Keperluan" ini berbeza antara satu sama lain jadi anda perlu pastikan apakah keperluan anda.

Contoh keperluan: pinjaman kereta, sewa rumah, gadai rumah, barangan dapur, bil air dan elektrik, insuran kesihatan, dan sebagainya.

Langkah Ketiga: Tetapkan 30% untuk keinginan anda

30% daripada pendapatan selepas cukai anda boleh digunakan untuk membeli barangan "keinginan" anda. Seperti barangan keperluan, anda perlu pastikan apa yang termasuk dalam golongan ini. Anda mempunyai pilihan untuk menggunakan semua wang yang diperuntukkan untuk keinginan anda ataupun simpan selebihnya untuk masa depan anda.

Contoh keinginan: makan luar, tiket wayang, barang hiasan, dan sebagainya.

Langkah Ketiga: Tetapkan 20% untuk matlamat anda

Jika anda tak nak jadi mangsa sifat manusia yang berbelanja lebih daripada yang perlu, anda harus menetapkan 20% daripada pendapatan selepas cukai terhadap matlamat jangka panjang.

Contoh matlamat: selesaikan hutang, dana kecemasan mencukupi, duit pencen, dan pelaburan.

Setiap individu mempunyai matlamat berbeza. Bagi anda yang baru beberapa tahun bekerja, anda patut mula letak sedikit wang setiap bulan dalam dana kecemasan dan dana pencen.

Jika anda mempunyai hutang tidak bercagar seperti hutang kad kredit, anda patut selesaikan hutang tersebut terlebih dahulu. Bila anda dah bebas hutang, barulah anda boleh fikir tentang pelaburan.

Lagi satu tip — kalau nak elakkan overspending setiap bulan, pastikan anda masukkan 20% ini ke dalam akaun-akaun berkenaan sejurus selepas gaji anda masuk. Jadi, anda takkan risau dan boleh belanja yang selebihnya.

Pensive Woman Wearing Eyeglasses, Sitting on Couch at the Living Room and Looking Away with Chin Resting on her Hands.

Apa jadi kalau tak boleh ikut bajet?

Selalunya kurang disiplin atau nafsu tinggi menyebabkan kita belanja terlampau banyak ataupun tidak mengikut bajet 50/30/20.

Kalau anda tak boleh nak ikut bajet, ada dua perkara anda boleh lakukan:

  1. UBAH SUAI CARA HIDUP — hentikan pembelian barang yang tak diperlukan, kurangkan perbelanjaan dari segi keperluan dapur atau bil telefon, pindah ke rumah yang sewanya lebih murah, dan pastikan anda tak bayar terlalu banyak untuk insuran kesihatan.
  2. TINGKATKAN PENDAPATAN — buat kerja sampingan, fikirkan cara untuk dapat pendapatan pasif, atau cari kerja lain yang gajinya lebih tinggi.

Yang penting, anda perlu jujur pada diri. Jika anda sebenarnya boleh ikut bajet, usahakan terlebih dahulu. Jika memang tak boleh, tanya pada diri, "perlukah saya kurangkan perbelanjaan ataupun cari kerja lain?"

Bila matlamat anda berubah

Pada satu masa dalam hidup, kemungkinan anda mempunyai matlamat yang lebih tinggi.

Anda mungkin ingin melabur wang lebih banyak ataupun mahu selesaikan hutang secepat mungkin. Apa-apa pun, anda perlu meletakkan lebih dana.

Jika anda di tahap ni, anda perlu tukar bajet kewangan anda dari 50/30/20 ke 40/30/30. Ini bermakna anda mengutamakan matlamat anda dan mampu mengurangkan keperluan anda.

Jika anda tak mampu mengurangkan perbelanjaan keperluan, anda boleh mengurangkan perbelanjaan keinginan. Jadi, anda boleh ubah suai bajet menjadi 50/20/30. Maksudnya, anda masukkan 20% ke "keinginan" dan 30% ke "matlamat" atau simpanan.

Kesimpulannya

Kaedah 50/30/20 ini adalah sekadar blueprint atau garis panduan untuk anda memastikan di mana perginya pendapatan anda. Objektifnya adalah supaya anda tak memikul beban hutang yang banyak atau menjadi bankrap.

Jika anda terjebak dalam hutang juga, jangan risau sebab ada jalan keluarnya.

Kami di amalan ialah syarikat pengurusan hutang yang terkemuka di Asia Tenggara. Kami sudi membantu anda untuk merasai permulaan baru dan mencapai matlamat tinggi. Selain menyatukan hutang anda dan meringankan bayaran bulanan, kami juga boleh berunding dengan pihak peminjam untuk memotong jumlah hutang keseluruhan.

Jika berminat untuk selesaikan hutang dengan cepat, hubungi kami sekarang!

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang