5 Cara Utama Bebas Hutang Ketika Pandemik

Rahayu

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik menular telah melihat ramai rakyat Malaysia mengalami masalah kewangan. Kegiatan bisnes terpaksa diperlahankan lalu menyebabkan kehilangan profit dan pekerja. Oleh sebab ini, kebanyakan bisnes serta individu terpaksa menghadapi hutang yang semakin membesar.

Sekarang ini, PKP telah dilonggarkan dan kita semua sedang menyesuaikan diri dengan "new normal". Kebersihan diri harus sentiasa dijaga. Bila keluar rumah perlu pakai penutup muka dan masih perlu menjaga penjarakan fizikal.

Sambil kita jaga penjarakan fizikal sesama manusia, apa kata kita jaga jarak kita dengan hutang?

Memang susah nak kembali kepada keadaan bebas hutang seperti sebelum pandemik ini tetapi tak mustahil. Dengan tips-tips berikut, anda boleh jadikan kehidupan bebas hutang sebagai new normal anda.



1. Kurangkan perbelanjaan ketika pandemik ini

Ketika PKP, adakah perbelanjaan anda meningkat atau mengurang?

Oleh sebab tak keluar ke mana-mana, perbelanjaan sepatutnya berkurang. Lebih-lebih lagi, rakyat Malaysia diberi bantuan kewangan untuk meringankan beban.

Tetapi jika perbelanjaan anda meningkat ketika PKP, anda perlu nilai semula tabiat anda. Adakah anda buat online shopping secara berlebihan? Adakah barang yang anda beli itu barang keperluan atau keinginan semata-mata?

Jika sebelum PKP anda telahpun mempunyai bajet dan disiplin dengan kewangan, anda mungkin boleh kawal dan jimat perbelanjaan. Tetapi kami faham, keadaan PKP dan pandemik ini boleh menyebabkan stress lalu kita rasa perlu buat "retail therapy" atau "stress shopping" iaitu beli belah untuk mengurangkan tekanan emosi.

Sebab itu bajet sangat penting untuk kita ketepikan atau bayar dahulu barang, makanan atau bil keperluan. Wang yang tinggal kemudiannya bolehlah kita guna untuk kesukaan atau lebih baik lagi sebagai wang simpanan untuk bayar balik hutang.

Walaupun PKP dah dilonggarkan, tak semestinya kita patut berbelanja seperti dulu. Kita masih dalam keadaan pandemik jadi kita harus berjaga-jaga sepertimana kita berjaga-jaga bila keluar rumah.

Cuba sedaya-upaya untuk kurangkan perbelanjaan yang tak patut dan jadi lebih bijak dalam pengurusan kewangan.


2. Buat bajet baru dengan tujuan bebas hutang

Sebelum PKP, anda mungkin mempunyai bajet kewangan yang mantap. Tetapi keadaan telahpun berubah dan anda mungkin perlu menyesuaikan kewangan dengan keadaan new normal ini.

Jika anda telah mengumpul hutang yang lebih banyak, penstrukturan semula bajet adalah langkah yang sangat penting.

Bezanya kali ini anda perlu buat bajet dengan tujuan untuk bebas hutang. Ini bermakna anda perlu kurangkan bajet untuk perbelanjaan dan tingkatkan bajet untuk simpanan.

Anda masih boleh ikut rangka bajet kewangan 50/30/20:

  1. Kira pendapatan semasa selepas cukai
  2. Tetapkan 50% untuk keperluan
  3. Tetapkan 30% untuk keinginan
  4. Tetapkan 20% untuk simpanan

50/30/20 ini hanyalah rangka dan anda boleh sesuaikan dengan keadaan semasa. Contohnya, anda boleh letakkan 30% untuk simpanan dan 20% untuk keinganan. Ataupun, anda boleh gunakan nisbah 40/30/30.

Apa-apa pun nisbah yang anda pilih, bajet anda perlulah realistik untuk mencapai matlamat bebas hutang.


3. Tingkatkan pendapatan ketika new normal

"Eh, bisnes merosot, macam mana nak tingkatkan pendapatan?"

Anda mungkin keliru dengan nasihat ini. Situasi pandemik ini telahpun melihat kebanyakan bisnes tutup sebab bankrap. Individu yang bekerja dengan syarikat tersebut pula telahpun mengalami pengangguran.

Tetapi tak semua bisnes merosot. Bisnes dalam industri seperti F&B dan digital masih maju. Kita pun lihat banyak online bisnes berkembang ketika pandemik ini. Perkhidmatan GrabFood contohnya semakin maju dan penting dalam new normal ini.

Jadi, tak mustahil untuk anda meningkatkan pendapatan walaupun dunia sedang mengalami pandemik.

Anda boleh cari pendapatan sampingan seperti jadi Grab driver, buat servis delivery dengan Lalafood, jual makanan ataupun buat kerja online.

Selain itu, anda juga boleh bina pendapatan pasif dengan cara pelaburan. Tetapi anda hanya patut lakukan perkara ini jika anda mempunyai duit simpanan lebih dan telah bayar balik semua hutang tertunggak.

Dengan apa-apa cara pun, memang sangat penting untuk kita tingkatkan pendapatan ketika new normal ini supaya kita boleh selesaikan hutang dan pastikan simpanan mencukupi untuk menangani kecemasan akan datang.


4. Tambahkan ilmu dalam hal kewangan dan penyelesaian hutang

"Upskilling" atau peningkatan kemahiran adalah penting untuk menangani apa-apa kekurangan dalam hidup ini.

Jika nak tingkatkan pendapatan, anda perlu tingkatkan kemahiran.

Jika nak bebas hutang, anda perlu tahu cara-cara efektif untuk mengurus kewangan.

Kita dah tahu cara nak bajet kewangan dengan lebih bijak. Sekarang, kita perlu tahu cara selesaikan hutang dengan lebih efektif.

Secara amnya, terdapat 3 cara untuk selesaikan masalah hutang:

  1. AVALANCHE — selesaikan hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi terlebih dahulu
  2. SNOWBALL — selesaikan hutang yang jumlah paling kecil terlebih dahulu
  3. SNOWFLAKE — selesaikan hutang sejurus dana tersedia


Anda perlu menganalisa setiap hutang anda dan tentukan kaedah mana yang paling sesuai mengikut situasi anda.

Masih keliru?

Lihat tips berikut.


5. Cari bantuan untuk struktur semula hutang ketika pandemik

Anda tak perlu selesaikan hutang secara bersendirian.

Anda tak perlu rasa malu atau segan untuk bercakap tentang masalah hutang anda.

Sebenarnya, lebih baik anda berkomunikasi tentang perkara ini dengan keluarga anda sebab mereka adalah orang-orang yang mungkin akan terjejas juga.

Mungkin anda fikir tak patut bercakap tentang hutang anda kepada keluarga sebab tak nak bebankan mereka. Tetapi kalau anda rahsiakan perkara ini, ia mungkin akan menyebabkan bebanan yang lebih parah.

Adakah anda ingin membebankan keluarga yang tersayang?

Jika tak, be honest with them. Jujur dengan mereka. Mana tau mereka boleh bagi sokongan emosi yang sangat diperlukan.

Kemudian, jika anda dah bersedia untuk mencapai matlamat bebas hutang, dapatkan bantuan profesional.

Bantuan profesional ini boleh bantu:

  • beri nasihat mengikut situasi anda
  • cadangkan program penstrukturan semula hutang
  • berunding dengan pihak bank untuk capai matlamat anda


Anda sangat bernasib baik sebab sekarang ini perkhidmatan pengurusan kewangan dan hutang sangatlah mudah.

Selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) ketika new normal ini, kami di amalan boleh bantu anda selesaikan hutang dengan selamat. Anda tak perlu ke mana-mana cawangan sebab ia boleh dilakukan secara online.

Jadi, tunggu apa lagi?


Daftar untuk perundingan percuma

Kalau anda nak tahu kalau anda layak untuk perkhidmatan ini, sila daftar di sini.

Apa yang anda perlu tahu ialah kami di amalan ambil kira situasi anda. Contohnya, jika anda mempunyai hutang tertunggak tetapi telah mengalami kesusahan yang tak disangka seperti bisnes bankrup atau perlu bayar bil hospital mahal untuk ahli keluarga tapi tak berapa mampu, kami boleh bantu berunding dengan pihak bank untuk meringankan beban hutang anda.

Kami akan cuba sedaya upaya untuk mencadangkan program penstrukturan semula hutang yang sesuai dengan situasi anda.

Seperti Michael yang dapat 25% diskaun hutang melalui perkhidmatan amalan, tak lama lagi anda boleh jaga jarak dengan hutang dan seterusnya nikmati hidup new normal bebas hutang!

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang

Tags