5 Impak Bayar Kad Kredit Lambat dan Tips Untuk Elak Hutang Ketika PKP

Frans

“Alamak! Pendapatan berkurangan tapi perbelanjaan masih berterusan. Hutang kad kredit pula semakin meningkat. Macam mana nak bertahan musim PKP ni?”

Ramai telah bergantung kepada kad kredit untuk selesaikan masalah kekurangan wang tunai. Tetapi ini adalah solusi jangka pendek dan sebenarnya mungkin akan menyebabkan hutang lebih tinggi.

Apa sebab ramai yang bergantung kepada kad kredit in the first place?

Mungkin mereka:

-   Kehilangan pekerjaan dan pendapatan ketika PKP

-   Mengalami kemerosotan profit perniagaan akibat pandemik

-   Terpaksa tanggung bayaran yang tak dijangka

Tetapi ada juga yang guna kad kredit untuk benda bukan-bukan ataupun pembelian barang yang tak begitu penting.

Apa-apa pun sebabnya, tak ada sesiapa pun yang nak kumpul hutang kad kredit sampai tertunggak.

Kad kredit by itself sebenarnya tak bermasalah.

Masalahnya timbul bila kita tak dapat membayar balik setiap bulan.

Sama ada kita memang kekurangan wang tunai aktif ataupun lupa sebab lalai atau tak bertanggungjawab.

Kalau boleh perkara ini perlu dielakkan dan hutang kad kredit harus dibayar.

Kenapa?

Masalah Bila Bayar Kad Kredit Lambat

Jika anda bayar kad kredit lambat ataupun asyik bayar jumlah minimum sahaja, lambat laun anda akan rasa kepedihannya.

Mari kita lihat 5 impak utama bayar kad kredit lambat.

1.      Pembayaran kadar faedah tinggi

Jika anda gagal bayar balik hutang kad kredit setiap bulan dan pada due date penyata bil, anda akan dikenakan bayaran faedah. Bukannya rendah. Ia dalam lingkungan belasan dan yang paling tinggi sebuah bank boleh caj anda ialah 18%. Contohnya bulan lepas hutang anda RM300 tapi anda gagal bayar jadi hutang tersebut dah jadi RM354. Kalau anda terus tak bayar, lagi tinggilah jumlah tersebut. Ingat, walaupun anda bayar setakat minimum sahaja pun bakinya akan dikenakan faedah. Akhirnya, anda mungkin akan bayar kadar faedah lebih banyak daripada hutang asal!

2.      Skor kredit jadi rendah

Setiap kali anda guna kad kredit, rekod penggunaan akan dicatat dalam laporan CCRIS iaitu Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (Central Credit Reference Information System). Sistem ini dicipta oleh Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat kredit individu. Maklumat ini akan dirujukkan apabila anda ingin memohon pinjaman atau kad kredit baru. Jika skor kredit anda dalam CCRIS adalah rendah akibat tangguhan bayaran kad kredit, permohonan anda mungkin tidak dapat diluluskan.

3.      Caj bayaran lambat dikenakan

Selain bayaran faedah pada hutang kad kredit, anda juga akan dikenakan caj bayaran lambat jika anda tangguh bayaran melebihi tempoh tertentu. Caj ini dikenakan sekitar 1%. Walaupun nampak sedikit, lama-lama akan jadi bukit dan akan membebani hidup anda.

4.      Diganggu oleh pengutip hutang

Sekiranya hutang anda dah menjadi bukit dan mencecah beribuan, bersedialah untuk menerima panggilan istimewa. Panggilan ini bukan daripada teman mesra anda, ya. Panggilan ini adalah daripada pengutip hutang kad kredit anda. Sekali dua kali mungkin boleh tahan. Tetapi akan menjadi sangat menjengkelkan jika mereka terus ganggu setiap minggu atau setiap hari. Ada kalanya mereka akan datang ke rumah atau tempat kerja anda. Sangat memalukan kalau terjadi!

5.      Diisytihar muflis

Apabila baki hutang tertunggak anda mencecah RM30,000 dan melebihi 6 bulan, anda akan diisytiharkan muflis. Ini bermakna anda akan kehilangan harta anda dan juga dihalang keluar negara. Akaun akan dibekukan dan ini akan menyebabkan kesukaran untuk melaksanakan aktiviti harian. Anda akan dipaksa membayar balik hutang anda dengan menjual harta peribadi anda seperti kereta atau rumah. Lebih-lebih lagi, anda mungkin tidak dibenarkan untuk meneruskan kerjaya jika anda bekerja dalam bidang profesional.



Guna Kad Kredit Secara Bertanggungjawab

Kami betul-betul harap anda tak diisytiharkan muflis dan tak mengalami bebanan hutang kad kredit. Terutamanya ketika musim PKP ini yang sangat mencabarkan. Sebab itu pencegahan lebih baik daripada mengubati.

Kad kredit ini sebenarnya boleh bantu menyenangi hidup anda. Ia mengurangkan rasa risau apabila perlu beli belah secara online di mana risiko penipuan dan pencurian adalah tinggi.

Jika anda guna kad kredit secara bertanggungjawab, anda sebenarnya boleh dapat ganjaran, bukan dikenakan kadar faedah.

Jadi, bagaimana anda boleh praktikkan penggunaan kad kredit secara bertanggungjawab ketika PKP ini?

1.     Jangan guna kad kredit untuk beli barang luar kemampuan.

2.     Sekurang-kurangnya bayar balik bayaran minimum, sebaik-baiknya bayaran penuh setiap bulan.

3.     Bina tabiat sihat seperti membuat peringatan pada kalendar atau telefon bimbit dan melaksanakan bayaran sebaik sahaja menerima penyata bil.

4.     Jangan buat cash advance iaitu mengeluarkan wang tunai daripada kad kredit seperti pinjaman sebab akan dicaj 5% dan juga kadar faedah.

5.     Perhatikan grace period supaya anda boleh panjangkan bayaran.

Mengenai grace period, ini adalah tempoh 21 hari di antara tarikh tutup (statement date) dan tarikh bayaran (payment due date). Ketika grace period ini, anda masih tidak akan dicaj bayaran faedah.

Guna Kad Kredit Dengan Bijak Ketika PKP

Kad kredit sebenarnya banyak faedahnya seperti cashback dan mata ganjaran yang boleh digunakan untuk menebus baucar beli belah.

Namun, kalau anda tak guna secara bertanggungjawab dan tak bayar balik hutang kad kredit, anda akan dikenakan kadar faedah tinggi.

Lambat laun hutang anda akan tertunggak, caj bayaran lambat dikenakan, anda akan diganggu pengutip hutang dan akhirnya diisytiharkan muflis.

Jadi, lebih baik anda bertanggungjawab dengan kewangan anda dan bayar balik hutang kad kredit setiap bulan terutamanya masa PKP ini.

Jika ingin mengelakkan hutang kad kredit, pastikan anda tidak beli barang luar daripada kemampuan. Sebab itu belanjawan atau budget adalah sangat penting untuk memerhatikan aliran tunai anda.

Tetapi kami faham ada kalanya anda terpaksa guna kad kredit dan berhutang oleh sebab kejadian yang tak disangka.

Contohnya anda boleh dihidapi virus Covid-19 dan dimasukkan ke hospital. Kemudian, anda mungkin akan dikenakan bayaran bil hospital serta pemeriksaan seterusnya.

Ataupun anda mungkin terpaksa menanggung bayaran penyelenggaraan rumah.

Dalam hal-hal seperti ini, memang sukar untuk elakkan hutang kad kredit. Bukannya salah anda pun.

Jangan risau, masalah anda ini boleh diselesaikan.

Kami faham kejadian yang tak disangka ini telahpun membebankan hidup anda. Sebab itu adanya amalan.

Kami sebuah syarikat pengurusan hutang yang sudi bantu anda untuk menyelesaikan segala hutang dengan menawarkan program keringanan. Kami akan mewakili anda untuk berunding dengan pihak bank supaya memberikan anda keringanan hutang. Keringanan ini termasuklah diskaun pada jumlah baki hutang semasa. Memang lain daripada lain sebab kami faham keadaan anda yang amat susah.

Jika anda ingin selesaikan hutang dengan mudah dan secepat mungkin untuk menikmati kebebasan daripada hutang, hubungi kami sekarang. Perkhidmatan kami semuanya atas talian jadi anda tak perlu keluar rumah dan kekal selamat.

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang