5 Langkah Rasa Bahagia Kerja Di Rumah (WFH)

Frans

Hidup dalam kuarantin atau kawalan pergerakan boleh menyebabkan stress dan kemurungan. Apa lagi jika anda bekerja di rumah atau work from home (WFH). Anda tak boleh pergi ke kerja demi keselamatan dan suasana rumah boleh mengganggu anda. Sama ada anda mempunyai anak kecil yang sering inginkan perhatian ataupun adik beradik yang suka kacau kententeraman. Hidup WFH memang banyak cabarannya.

Namun, tak mustahil untuk anda ambil kawalan apabila bekerja di rumah. Berikut adalah lima tips untuk jadikan pengalaman WFH anda lebih senang dan bahagia.

1. Tetapkan Tempat Kerja Khas

Anda tak semestinya perlu ubah suai satu bilik dalam rumah untuk dijadikan tempat kerja anda. Seperti di pejabat, anda sekurang-kurangnya hanya perlukan sebuah meja dan kerusi. Anda boleh menggunakan meja makan ataupun meja di bilik tidur. Yang penting, anda perlu berkomunikasi kepada keluarga atau rakan serumah anda bila anda bekerja supaya mereka tak mengganggu anda.

2. Sediakan Kemudahan Yang Mencukupi

Setelah anda tetapkan tempat kerja anda, pastikan anda mempunyai kemudahan yang mencukupi. Ini termasuk komputer riba, pengecas, fon kepala dan buku nota. Jangan lupa juga untuk pastikan sambungan internet berfungsi dengan lancar untuk komunikasi atas talian yang baik. Pastikan juga anda telah muat turun aplikasi atau program yang diperlukan untuk melaksanakan kerja anda di rumah.

3. Bina Rutin New Normal

Sebelum berlakunya pandemik ini, anda mungkin ada rutin kerja yang tertentu. Namun, bila bekerja di rumah, ia sangat berbeza dengan bekerja di pejabat. Anda mungkin akan rasa lebih tercenderung untuk tidur di katil yang berdekatan ataupun kerap ke dapur untuk mengambil makanan apabila anda WFH. Ini adalah kerana badan anda tahu anda berada di rumah dan sudah terbiasa melaksanakan perkara yang kurang produktif. Jadi, anda perlu menetapkan rutin kerja baru supaya anda lebih fokus ketika waktu kerja walaupun di rumah. Mungkin anda pastikan anda mandi dan pakai baju segak seperti biasa pada awal pagi serta memastikan anda log keluar kerja anda pada waktu yang tetap setiap hari.



4. Rehat Secara Berkala

Keadaan WFH sekarang ini memang dan anda mungkin rasa perlu bekerja 10 kali lebih keras. Namun, bekerja tanpa rehat seperti seorang workaholic mungkin lebih memudaratkan dan menyebabkan pekerjaan anda kurang produktif. Minda anda juga perlu berehat. Jadi, lebih baik jika anda tetapkan masa untuk berehat sama ada selama 10 minit setiap 20 minit bekerja mengikut teknik pomodoro, ataupun ketika waktu makan tengah hari dan petang selama 1 jam. Bagaimanapun anda ingin menetapkan waktu rehat, pastikan anda mengikut jadual tersebut sepertimana anda mengikut jadual bekerja.

5. Teruskan Bersosial

Penjarakan fizikal ketika pandemik ini tak bermakna anda perlu menjarakkan hubungan sosial anda. Sebaliknya, hubungan sosial perlu terus dipraktikkan terutama dalam keadaan yang sukar dan tak tertentu ini. Apabila anda bersosial, anda akan rasa lebih gembira dan tenang. Keadaan ini akan membantu untuk menjadikan kerja di rumah anda lebih produktif dan bahagia. Seperti waktu rehat, anda juga perlu menetapkan waktu untuk bersosial, sama ada selepas tamat hari kerja mahupun pada hujung minggu.

Bahagia WFH Tanpa Beban

Tips di atas adalah sesuai untuk sesiapa yang sedang bekerja di rumah.

Tetapi jika anda juga sedang terbeban dengan masalah hutang, kebahagiaan mungkin lebih sukar untuk dicapai.

Jangan risau, kami di amalan Malaysia boleh bantu anda untuk selesaikan hutang dengan cara pembiayaan semula atau penstrukturan semula supaya anda boleh nikmati hidup bebas hutang yang amat berbahagia!

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang