Cara Rakyat Malaysia Boleh Urus Kad Kredit dan Hutang Peribadi Lebih Bijak
Frans
Tahukah anda punca utama rakyat Malaysia terhutang adalah dari pinjaman kereta? Walaupun diberi kemudahan untuk melunaskan hutang tersebut secara ansuran bulanan, hidup kita ini sangat tak tentu. Peristiwa malang seperti kehilangan pekerjaan ataupun menghidapi penyakit kronik boleh terjadi lalu tidak membenarkan anda mengumpul dana untuk pembayaran hutang.
Anda juga mungkin terbeban dengan masalah lain yang menyebabkan anda terhutang seperti penceraian, perjudian, ataupun terlebih belanja akibat bajet yang tidak efektif.
Kad kredit mungkin sesuatu kemudahan yang memberi kesenangan kepada hidup anda. Namun, jika anda menyalahgunakan atau tidak mampu mengehadkan perbelanjaan menggunakan kad kredit, anda akan berdepan dengan hutang tertunggak. Ingat, jika anda tidak membayar kad kredit sepenuhnya setiap bulan, anda akan dikenakan kadar faedah yang tinggi.
Jadi, bolehkah anda kembali urus kad kredit dan hutang dengan lebih bijak dan bertanggungjawab?
Praktikkan Pengurusan Kewangan Asas
Ramai di Malaysia terutamanya di bandar-bandar utama merasakan bahawa kos sara hidup amat tinggi dan pendapatan mereka hanya serba mampu sahaja. Walaupun keadaan susah, kita juga perlu bertanggungjawab dengan tabiat kewangan.
Bina Bajet Kewangan dan Rekod Perbelanjaan
Salah satu sebab anda mungkin rasa tak mampu untuk menyimpan dana untuk bayar balik hutang adalah perbelanjaan yang tidak dipantau. Anda ikut feeling apabila berbelanja dan tidak melaksanakan belanjawan atau budget peribadi. Apabila membina bajet, sekurang-kurangnya anda perlu ambil kira berapa pendapatan anda dan membahagikannya kepada nisbah 50:30:20.
50% untuk perbelanjaan keperluan asas sahaja
30% untuk perbelanjaan lain
20% untuk simpanan dana
Anda boleh ubah suai nisbah tersebut mengikut situasi anda seperti jika anda memerlukan lebih simpanan untuk bayar balik hutang dengan segera.
Apa-apa pun, anda perlu ada bajet kewangan untuk memastikan anda tidak berbelanja lebih daripada kemampuan. Apabila anda tahu berapa peratus perlu disimpan untuk dana hutang, anda boleh ketepikan jumlah tersebut ke akaun khas. Dengan itu, mustahil untuk anda terlebih belanja. Jika ingin lebih prihatin, anda juga digalakkan untuk merekodkan segala perbelanjaan anda supaya anda lebih memahami aliran tunai anda.
Kurangkan Perbelanjaan Tidak Penting
Apabila anda boleh nampak aliran tunai oleh sebab adanya bajet kewangan, anda boleh menilai setiap perbelanjaan? Adakah sesuatu perbelanjaan itu sangat diperlukan? Bolehkah anda mengurangkan perbelanjaan anda dalam salah satu kategori? Contohnya, jika anda sering makan luar, mungkin sekarang ini anda boleh sediakan makanan di rumah sebab ia lebih murah. Ataupun jika anda sudah mempunyai barang seperti pakaian atau beg, anda tak perlu beli lagi sebab nak ikut trend. Perbelanjaan seperti inilah yang anda boleh kurangkan supaya boleh meningkatkan dana pelunasan hutang.
Cek Skor Kredit
Salah satu tabiat pengurusan kewangan yang anda perlu laksanakan ialah penyemakan skor kredit. Kenapa anda perlu semak skor kredit anda dari semasa ke semasa? Ini supaya anda boleh lebih memahami kedudukan skor kredit dan memeriksa jika informasi anda adalah tepat. Skor kredit tinggi bermaksud anda sangat bertanggungjawab dengan pengurusan kewangan anda dan tiada masalah apabila menyelesaikan hutang kad kredit. Ini meningkatkan keyakinan pihak pemberi pinjaman terhadap anda jika anda ingin memohon pinjaman baru.
Cari Jalan Untuk Meningkatkan Pendapatan
Untuk memastikan pengurusan hutang yang lancar, anda memang perlukan dana lebih. Jika anda sudah tak mampu mengurangkan perbelanjaan tetapi masih memerlukan dana pelunasan hutang, tiba masanya untuk meningkatkan pendapatan anda. Ada beberapa cara anda boleh lakukan perkara ini:
1. Minta peningkatan gaji dari majikan
2. Cari pekerjaan lain dengan gaji lebih tinggi
3. Buat kerja sampingan seperti perniagaan online
4. Bina pendapatan pasif
Setelah anda mempunyai pendapatan yang lebih tinggi serta konsisten, anda boleh fikirkan strategi yang sesuai untuk menyelesaikan hutang.
3 Strategi Utama Menyelesaikan Hutang
Secara umumnya, nasihat pengurusan hutang lebih tertumpu kepada penyelesaian hutang yang mempunyai kadar faedah tinggi. Namun, tak semua rakyat Malaysia yang berhutang mampu melaksanakan perkara tersebut. Jadi, anda perlu memastikan strategi penyelesaian hutang yang paling efektif berdasarkan situasi semasa.
1. AVALANCHE
Kaedah ini adalah yang paling biasa dilaksanakan iaitu meletakkan peratusan dana lebih kepada hutang yang kadar faedahnya paling tinggi. Biasanya, hutang kad kredit mempunyai kadar faedah yang paling tinggi jadi anda akan menyelesaikannya terlebih dahulu. Namun ini tak bermakna anda tak patut mengabaikan hutang lain tetapi hanya laksanakan bayaran minimum sahaja.
2. SNOWBALL
Strategi ini berbeza daripada Avalanche sebab ia hanya mengambil kira jumlah baki hutang yang lebih kecil. Kaedah ini sesuai jika anda ada beberapa hutang kecil dan ingin melihat perkembangan pembayaran hutang dengan lebih cepat untuk meningkatkan motivasi anda. Tapi oleh sebab kadar faedah tak diberi lebih perhatian, anda mungkin akan bayar lebih banyak.
3. SNOWFLAKE
Kaedah ini sesuai untuk rakyat Malaysia yang bekerja bebas atau sebagai freelancer. Strategi yang lebih fleksibel ini tak memerlukan komitmen kewangan yang tinggi dan mengikut kemampuan anda.
Ringankan Beban Hutang Bersama amalan Malaysia
Jika strategi tersebut sangat merumitkan, anda boleh pertimbangkan perkhidmatan pengurusan hutang yang boleh meringankan beban hutang anda. Apabila menyelesaikan hutang bersama perkhidmatan profesional seperti amalan Malaysia, jumlah hutang anda ataupun kadar faedah yang dikenakan boleh dikurangkan.
Penstrukturan Semula Hutang
Matlamat proses ini adalah untuk mengurangkan jumlah hutang sekaligus memendekkan jangka bayaran balik. Strategi ini jarang dilaksanakan oleh perkhidmatan pengurusan hutang lain sebab prosesnya bukan mudah. Tetapi amalan Malaysia bukan seperti syarikat pengurusan hutang yang lain. Jika situasi anda sangat memerlukan penstrukturan semula hutang, kami akan bantu anda berunding dengan pihak bank untuk perjanjian yang memuaskan. Beberapa pelanggan amalan Malaysia telahpun berjaya mendapat jalan penyelesaian hutang bersama kami.
Penyatuan Hutang
Proses pengurusan hutang yang paling popular adalah penyatuan atau penyusunan semula hutang. Ini bermakna semua hutang anda akan disatukan ke dalam satu akaun dan anda hanya perlu melaksanakan satu jenis bayaran ansuran bulanan. Jumlah bayaran ansuran tersebut serta kadar faedah boleh dikurangkan tetapi jumlah hutang masih sama dan tempoh pembayaran balik menjadi lebih lama. Namun, kaedah ini memastikan anda mampu bayar balik hutang dan mengelakkan daripada digelar bankrap.
Perundingan Percuma Bersama Perkhidmatan Pengurusan Hutang di Malaysia
Tak seperti syarikat pengurusan hutang yang lain, kami di amalan Malaysia sudi mendengar dan mengambil kira masalah kewangan anda. Pendaftaran dan perundingan asas kami adalah percuma. Sebagai syarikat fintech, kami mempunyai sistem yang lebih lancar dan mudah digunakan. Ini bermakna anda akan diberi perhatian dengan segera tanpa menjejakkan tapak ke luar rumah. Semuanya boleh dilaksanakan di atas talian dengan cepat dan mudah. Jika berminat, sila daftar di sini.