COVID-19: Bantuan Kewangan Untuk Rakyat Malaysia Akibat Perintah Kawalan Pergerakan

Diyana Rahim

Perintah Kawalan Pergerakan di mana rakyat tidak dibenarkan keluar rumah kecuali untuk pembelian barangan runcit, pergi ke klinik atau mereka yang bekerja dalam servis penting bertujuan untuk menghentikan penularan coronavirus. Ini bermakna banyak perniagaan terpaksa ditutup dan ini menjejaskan pendapatan pekerja. Dengan itu, pihak kerajaan telah memberikan beberapa kemudahan dari segi kewangan untuk meringankan beban rakyat Malaysia.

Moratorium ke atas pinjaman bank kecuali kad kredit selama 6 bulan

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan moratorium atau penangguhan pembayaran semula pinjaman bank secara automatik selama 6 bulan bermula 1 April 2020. Moratorium ini tidak termasuk pinjaman kad kredit, jadi anda masih perlu membayar baki kad kredit.

Perkara ini dilaksanakan bagi meringankan beban pihak SME serta individu yang terjejas dengan krisis COVID-19 ini. BNM juga berkata bahawa perkara ini adalah penting untuk memastikan akses kepada pembiayaan kewangan terus ada dan institusi kewangan boleh terus menyokong ekonomi dalam situasi ini.

Untuk baki kad kredit yang tertunggak (outstanding balance), anda boleh menukarkan baki tersebut kepada pinjaman yang tak melebihi 3 tahun.

Jika ada sebarang keraguan, sila hubungi pihak bank berkenaan.

Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

bantuan-prihatin-nasional-1-680x350

Kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off kepada rakyat yang terjejas dengan krisis COVID-19 ini.

Anda perlu menyemak status anda secara online di portal rasmi BPN.

Terdapat empat kategori penerima iaitu:

  • Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40)
  • Isi rumah berpendapatan RM8,000 ke bawah (M40)
  • Bujang 21 tahun ke atas berpendapatn RM2,000 ke bawah
  • Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas

Anda boleh memohon BPN melalui laman web rasmi LHDN. Jika rekod anda ada dalam database LHDN beserta info akaun bank, wang yang ternyata di atas akan dikreditkan terus ke dalam akaun. Pembayaran one-off ini akan dilaksanakan secara dua kali ansuran iaitu setengah dalam bulan April dan setengah lagi dalam bulan Mei.

Penyelesaian Hutang Tertunggak

Kemudahan moratorium yang dinyatakan di atas tidak termasuk hutang yang tertunggak.

Jadi, jika anda ingin menyelesaikan hutang tertunggak, terutamanya apabila situasi ini reda, kami sudi membantu anda.

amalan boleh tolong mewakili anda untuk berunding dengan pihak bank untuk memberikan keringanan yang berpatutan untuk anda.

Kami harap situasi kewangan anda akan kembali stabil dan berkembang selepas krisis coronavirus ini. Sementara itu, teruskan perjuangan dan banyak bersabar!

(Featured photo by Thilipen Rave Kumar from Pexels)

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang