5 Aktiviti Produktif Ketika PKPP Anda Boleh Lakukan

Frans

Dalam masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, adakah anda kebosanan atau produktif?

Ramai daripada kita yang sedang bekerja keras untuk memastikan bahawa pendapatan kita masih berkembang. Tahap produktiviti mungkin meningkat oleh sebab kerja kita.

Tapi ada masanya tahap produktiviti rendah walaupun ada kerja yang perlu dilaksanakan.

Kesibukan tak semestinya bermakna produktiviti tinggi.

Jadi, kita perlu tahu bila nak ambil masa untuk berehat dan segarkan minda kita.

Selain kerja, kita juga boleh jadi produktif dengan melaksanakan aktiviti lain terutamanya aktiviti yang membantu kita untuk menikmati hidup yang lebih bermanfaat dan bermakna.

Laksanakan Senaman untuk Kesihatan Badan dan Minda

Jika anda rasa kurang motivasi untuk bekerja, ini mungkin bermakna anda sedang mengalami fenomena “burn out”.

Anda rasa tak bermaya nak buat kerja dan setelah habis waktu kerja anda hanya nak buat aktiviti pasif seperti main game atau tonton siri Netflix.

Lama-kelamaan, kualiti pekerjaan anda akan terjejas.

Apakah jalan penyelesaiannya?

Untuk melawan keadaan yang tak aktif, kita perlulah mengaktifkan diri sendiri. Lakukan senaman ringan setiap hari ataupun buat komitmen untuk senaman berat sekali seminggu.

Senaman tak bermakna anda hanya perlu ke gym dan angkat berat. Tak. Anda boleh buat senaman ringan seperti bodyweight exercise di rumah selama 20 minit sehari. Anda juga boleh pergi hiking atau rock climbing pada hujung minggu.

Apabila kita bersenam, badan kita jadi lebih kuat dan daya tenaga lebih tinggi. Selain itu, senaman juga boleh bantu membina minda yang cerdas.

Sama ada di rumah ataupun di taman, senaman boleh bantu tingkatkan tahap produktiviti dan kesihatan diri.

Bersihkan Rumah atau Spring Cleaning

Pernah dengar tentang Marie Kondo? 

Beliau seorang wanita Jepun yang terkenal dengan cara beliau mengemas barang-barang yang berselerak.

Untuk setiap barang yang anda miliki, anda perlu jujur dengan diri sendiri dan tanya soalan ini: Adakah barang ini memberi saya kegembiraan? Does this spark joy?

Persekitaran rumah yang kemas bukan sahaja akan kelihatan lebih teratur, malah ia juga bantu meningkatkan tahap produktiviti. Aktiviti membersihkan rumah menjadi sangat penting jika anda bekerja di rumah.

Lebih selesa persekitaran anda, lebih jelas pemikiran untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan.

Cuba Resepi Baru dan Kongsi Bersama Rakan

Ketika PKP bulan April hingga Jun lalu, ramai orang buat eksperimen di dapur rumah mereka. Lihat sahaja media sosial mereka dan anda boleh nampak mereka cuba buat kek, brownies, biskut dan juga trend baru ketika itu iaitu Kopi Dalgona.

Oleh sebab kita masih dalam PKP fasa pemulihan, lebih baik jika kita kurangkan masa di luar rumah. Daripada menonton siri Netflix atau melakukan aktiviti yang kurang produktif, anda boleh cuba masak resepi baru. Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang kurang mahir di dapur. Inilah masanya untuk anda cuba aktiviti baru.

Setelah anda buat eksperimen di dapur, bolehlah anda share kepada kawan-kawan. Bagi mereka cuba kek coklat anda. Lepas tu post kat media sosial. Mana tau, anda boleh jadikan eksperimen ini sebagai bisnes baru.

Apa-apa pun, ambillah peluang ini untuk belajar resepi baru dan kongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Belajar Skill Baru untuk Tingkatkan Pendapatan

Dalam bab sama iaitu membelajar aktiviti baru, anda boleh gunakan masa Pemulihan PKP ini untuk belajar apa-apa skill lain yang anda perlukan untuk meningkatkan pendapatan.

Jika pekerjaan anda terjejas ketika PKP bulan April hingga Jun lepas, anda mesti sedar betapa pentingnya untuk menambah baik kemahiran anda. Mungkin anda fikir bahawa kemahiran dari segi pekerjaan online seperti graphic design, copywriting ataupun bisnes dropshipping sangat berguna.

Untuk memastikan anda takkan lagi bergelut ketika sesuatu krisis, inilah masanya untuk anda meningkatkan kemahiran dan pengetahuan. Ya, masih tak terlambat untuk anda belajar skill baru.

Aktiviti produktif ini penting terutamanya jika anda mempunyai hutang yang belum diselesaikan. Bila anda tingkatkan kemahiran dan mendapat kerja sampingan ataupun kenaikan pangkat di tempat kerja, pendapatan anda pasti akan meningkat. Apabila pendapatan meningkat, anda mempunyai dana lebih untuk menyelesaikan hutang yang membebani hidup anda.

Jadi jika anda ingin meningkatkan pendapatan anda untuk menyelesaikan hutang mahupun menambahkan dana simpanan, anda perlu upskill kemahiran dan pengetahuan anda.

Selesaikan Hutang Tertunggak

Katakan pendapatan anda telahpun meningkat dan anda mempunyai dana simpanan yang cukup.

Oleh sebab anda jarang keluar rumah dan tak melancong ke luar negara, anda jimat duit lebih daripada biasa.

Jadi, anda boleh guna masa PKPP ini untuk menyelesaikan hutang anda satu persatu.

Tahukah anda bahawa hutang anda boleh diselesaikan dengan diskaun tertentu?

Salah satu pelanggan kami telah dapat 25% diskaun untuk hutang tertunggak dengan bank. Dari hutang berjumlah RM 86,000 dengan 3 buah bank, beliau berjaya mengurangkan jumlah hutang menjadi RM 64,650 dan dikeluarkan daripada senarai hitam Bank Negara Malaysia.

Kami di amalan ingin bantu anda untuk berunding dengan pihak bank dan memberi keringanan terhadap hutang anda. Kami faham keadaan susah yang anda sedang mengalami. Nak berunding dengan bank bukannya senang. Tapi dengan pengetahuan dan pengalaman staff kami, anda boleh dibebaskan daripada jeratan hutang tak lama lagi.

Jalankan Hidup Lebih Produktif dan Bermakna

Adakah anda bersedia untuk hidup lebih PRODUKTIF ketika PKPP dan New Normal ini?

Daftar dengan amalan sekarang supaya anda boleh nikmati hidup bebas hutang!

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang