6 Ciri-Ciri Orang Bebas Hutang Seperti Warren Buffett

Frans

Warren Buffett merupakan seorang hartawan perniagaan yang terkenal dengan taktik pelaburan jangka panjang. Walaupun kewangan beliau bernilai $84 bilion, beliau masih hidup secara sederhana di sebuah bandar kecil di Nebraska. Dengan jumlah nilai tersebut, semestinya beliau sedang menikmati kehidupan yang financially secure atau bebas hutang. Bolehkah kita hidup seperti beliau?

Sebenarnya tak mustahil langsung. Encik Buffett ni bukannya Tuhan atau seorang yang lahir kaya. Beliau adalah seorang jutawan buatan sendiri. Jadi, apakah ciri-ciri seorang yang kaya dan bebas hutang seperti Warren Buffett?

Suka Menimba Ilmu

Jika anda Google jutawan-jutawan terkemuka, mesti ada beberapa artikel tentang buku kegemaran mereka. Ini merupakan satu trend dengan para jutawan. Mereka suka menimba ilmu. Kenapa mereka suka sangat baca buku dan apa kaitan dengan mencapai kebebasan kewangan?

Apabila kita baca buku atau mempelajari tentang sesuatu perkara, kita akan memperoleh ilmu untuk melaksanakan sesuatu perkara. Di sekolah, kita belajar matematik supaya kita boleh membuat perkiraan asas. Kita belajar biologi supaya kita faham tentang anatomi manusia serta kehidupan alam semulajadi. Apabila kita belajar tentang kewangan, kita akan lebih fasih tentang cara untuk mengelakkan daripada terjerat masalah hutang dan memastikan kesihatan kewangan seumur hidup. Dengan penimbaan ilmu, anda boleh tahu apa yang perlu dilaksanakan untuk bebas hutang.

Berwawasan Tinggi

Ilmu sahaja mungkin tak cukup. Anda juga perlukan wawasan hidup untuk sebagai arah tujuan untuk bebas hutang. Biasanya mereka yang jutawan mempunyai wawasan hidup yang tinggi dan meluangkan kebanyakan masa mereka untuk menjadikan wawasan itu sebagai realiti. Lagi cepat anda menetapkan tujuan hidup anda, lebih cepat anda boleh nikmati hidup bebas hutang. Jadi, ambil sedikit masa untuk fikirkan apa yang anda sebenarnya ingin capai dalam hidup singkat ini. Kemudian, rancangkan cara untuk capai matlamat tersebut.

Bertanggungjawab

Apabila anda telah mempunyai matlamat hidup dan perancangan untuk mencapai cita-cita kewangan untuk bebas hutang, kini tiba masanya untuk melaksanakan kerja keras. Perjalanan ini bukan mudah tapi tak mustahil juga. Anda perlu utamakan kesihatan kewangan peribadi anda jika ingin menjadi seorang yang kaya seperti Warren Buffett. Pastikan strategi anda untuk bebas hutang realistik dan sesuai dengan situasi anda.

Berikut adalah strategi yang anda boleh laksanakan untuk mengurus kewangan peribadi dan mencapai hidup bebas hutang:

1.     Bina dan ikuti bajet kewangan

2.     Simpan dana untuk waktu kecemasan

3.     Belanja mengikut kemampuan

4.     Tingkatkan pendpatan bila mampu

5.     Sediakan dana untuk penyelesaian hutang

6.     Simpan gaji bonus dalam dana penyelesaian hutang

7.     Selesaikan hutang bermula dengan hutang kadar faedah tinggi

8.     Mulakan pelaburan kewangan



Sanggup berkorban demi masa depan

Dalam strategi di atas, ada langkah yang memerlukan anda untuk belanja mengikut kemampuan. Ini bermakna anda perlu mengawal diri daripada berbelanja perkara yang tak diperlukan. Anda harus pastikan perbelanjaan apa yang termasuk dalam kategori “keperluan“ dan “keinginan“. Kedua-duanya adalah berbeza. Anda mahu memastikan perbelanjaan keinginan adalah lebih kurang 30% pendapatan anda supaya anda lebihkan perbelanjaan keperluan seperti sewa rumah, kereta dan makanan harian. Jika anda ingin hidup seperti Warren Buffett anda perlu mengawal diri pada awal perjalanan hidup bebas hutang ini. Jangan takut untuk mengatakan tidak kepada perbelanjaan yang mencekik darah.

Perwatakan kuat

Seorang yang berwawasan tinggi perlu memupuk perwatakan yang kuat untuk mengharungi cabaran dalam perjalanan hidup ini. Untuk memastikan anda melaksanakan strategi yang telah dirancangkan, anda perlu banyak bersabar sebab setiap langkah ada masanya. Kejayaan tak berhasil dalam satu hari. Strategi anda mungkin perlu dilaksanakan dalam jangka masa berbulan-bulan ataupun berahun-tahun. Jadi, anda perlu sabar jika ingin mencapai cita-cita anda. 

Selain itu, anda perlu berdedikasi dan konsisten apabila melaksanakan kerja yang diperlukan. Lebih banyak dan secara konsisten anda melakukan sesuatu perkara, lebih tinggi peluang untuk mencapai kekayaan dan kejayaan. Encik Buffett membuktikan bahawa kesabaran dan konsistensi membawa kejayaan. Beliau telah melabur lebih 70 tahun! Beliau faham erti delayed gratification iaitu menangguhkan keinginan semasa demi kejayaan masa depan.

Murah hati

Sebahagian besar sifat semulajadi manusia ini adalah untuk membantu orang lain. Walaupun anda mungkin baca berita tentang beberapa jutawan yang berbelanja tanpa endah, sebenarnya kebanyakan jutawan yang betul-betul berjaya sering melaksanakan amal sedekah. Apabila anda bersedekah bukan sahaja anda membantu mereka yang miskin atau kurang upaya. Bersedekah juga mengingatkan diri anda sendiri supaya sentiasa bersifat rendah diri dan tak sombong. Ini penting untuk memupuk silaturahim bersama keluarga, jiran dan rakan-rakan. Apabila anda mengambil masa untuk bersedekah dan melaksanakan aktiviti sukarelawan, anda akan lebih memahami kesukaran hidup dan terus berusaha untuk meringankan beban hidup anda mahupun orang lain.

Mulakan hidup bebas hutang bersama amalan Malaysia

Adakah anda ingin memupuk ciri-ciri seseorang yang bebas hutang seperti Warren Buffett?

Perjalanan ini bukan mudah sebab anda perlu bekerja keras dan bijak untuk mencapai matlamat bebas hutang dan financial independence.

Jika anda inginkan bantuan untuk menyelesaikan hutang tertunggak, hubungi kami segera. Kami di amalan Malaysia sudi bantu masalah hutang dengan cara mewakili anda untuk berunding dengan pihak bank. Tak seperti syarikat pengurusan hutang yang lain, perkhidmatan kami adalah cepat dan mudah. Jadi, tak lama lagi anda boleh menikmati hidup bebas hutang!

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang