Cara Menangani Pengutip Hutang dan Elak Penipuan

Frans

Panggilan daripada yang tersayang sangat dialu-alukan. Tetapi panggilan daripada pengutip hutang atau debt collector sangat membebankan. Ia adalah peringatan untuk anda yang perlu bayar balik hutang tertunggak ataupun ia mungkin penipuan atau scam yang boleh buat anda rasa gelisah.

Apa-apa pun, panggilan daripada pengutip hutang perlu ditangani dengan bijak dan munasabah. Paling penting sekali, anda perlu ketahui hak anda apabila berhubung dengan pengutip hutang dan kekal bertenang.

Berikut adalah garis panduan untuk anda apabila menerima panggilan daripada pengutip hutang.

Jawab panggilan pengutip hutang

Apabila pengutip hutang telah memberitahu identiti mereka, jangan terus tutup telefon. Ini boleh menggalakkan tindakan mahkamah sebab anda kelihatan bersalah.

Senario 1: Jika anda sibuk, minta untuk tetapkan hari dan masa yang lain untuk berhubung supaya anda lebih bersedia.

Senario 2: Jika anda boleh bercakap, pastikan anda minta dan catat nama pengutip hutang, nama syarikatnya serta alamat. Ini adalah HAK ANDA.

Catat perbualan dengan pengutip hutang

Sebagai bukti perbualan ini berlaku, pastikan anda catat menggunakan pen dan buku nota ataupun rakam audio perbualan tersebut. Ini dapat membantu anda sekiranya berlaku tindakan mahkamah.

Jika anda telah menetapkan jadual baru untuk berhubung setelah menerima panggilan pertama yang tak dijangkakan, anda boleh lebih bersedia dengan alat rakaman untuk panggilan kedua.

Jangan mengaku anda mempunyai apa-apa hutang

Ia adalah hak anda untuk tidak memberi info peribadi kepada pengutip hutang termasuk jenis hutang anda, berapa banyak dan maklumat bank. Ini adalah langkah berhati-hati sebab panggilan tersebut mungkin adalah penipuan atau scam.

Jika mereka meminta apa-apa maklumat daripada anda, anda boleh jawab seperti berikut:

"Maaf, saya tidak boleh mendedahkan maklumat peribadi saya melalui telefon. Boleh tak encik/puan hantar surat yang mengesahkan hutang saya?"

Apabila mereka menghantar surat tersebut, barulah anda boleh mengesahkan bahawa hutang tersebut adalah benar-benar atas nama anda ataupun belum lagi melepasi had masa.



Adakah pengutip hutang mengancam anda?

Menurut "Garis Panduan Pungutan Hutang" yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), ejen syarikat pengutip hutang tidak boleh mengugut, memukul atau menggunakan bahasa kesat. 

Lebih-lebih lagi pengutip hutang tidak boleh menghubungi anda lebih daripada 3 kali. Jika anda rasa mereka telah melanggar peraturan ini, anda boleh failkan aduan kepada BNM.

Jika mereka terus mengancam anda melalui telefon dan mengatakan bahawa mereka akan saman anda, catat perkara ini dan letakkan telefon. Mereka tidak berhak untuk saman anda atau menolak pendapatan anda tanpa perintah mahkamah.

Jika mereka mengancam anda di rumah atau tempat kerja, anda berhak untuk menelefon polis dan memfail aduan kepada BNM.

Tahu hak anda

Secara kesimpulannya, pastikan anda ingat perkara-perkara berikut apabila berdepan dengan pengutip hutang:

  1. Jawab panggilan telefon pengutip hutang dan jangan letakkan telefon sebelum mencatatkan maklumat daripada pengutip hutang.
  2. Anda boleh menetapkan hari dan masa yang lain untuk berbual.
  3. Rekodkan perbualan dengan pengutip hutang.
  4. Jangan berikan apa-apa maklumat peribadi anda.
  5. Minta untuk dihantarkan surat yang mengandungi maklumat hutang anda.
  6. Tamatkan panggilan jika pengutip hutang terus mengancam anda.

Cara untuk meringankan dan menyelesaikan beban hutang

Kami faham anda mungkin dalam keadaan yang sukar terutamanya ketika pendemik ini dimana perniagaan atau pekerjaan anda terjejas.

Jika anda ingin meringankan beban hutang anda dengan cepat dan mudah, ada jalan penyelesaiannya.

Hubungi kami untuk perundingan percuma supaya kami faham keadaan sukar anda. Kemudian, kami akan cadangkan program penyelesaian hutang yang sesuai untuk situasi anda. Ia mungkin merangkumi pembiayaan semula hutang ataupun penstrukturan semula hutang.

Anda tidak perlu ke bank sebab kami akan mewakili anda untuk berunding dengan pihak bank dan mencapai matlamat keringanan hutang.

Jika anda sudah bersedia untuk nikmati hidup bebas hutang, hubungi amalan Malaysia hari ini!

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang