Cara Mudah Memohon Penyatuan Hutang Selain Bank di Malaysia

Frans

Beban hutang adalah satu perkara yang sangat tidak diingini. Jika anda seorang beragama Islam, roh akan tergantung dan pahala amal dikurangkan jika hutang tak selesai apabila meninggal dunia. Salah satu cara untuk menyelesaikan hutang supaya hidup mati selesa dan aman adalah dengan melaksanakan penyatuan hutang.

Apa bezanya penyatuan hutang dengan cara penyelesaian lain?

Apabila anda mempunyai satu jenis hutang, memang mudah dan straightforward untuk selesaikan hutang tersebut. Namun, jika anda mempunyai pelbagai jenis hutang, ia boleh jadi lebih rumit terutamanya jika anda mengalami masalah kewangan. Oleh itu, penyatuan hutang meringankan beban hutang anda dengan cara pengambilan pinjaman peribadi baru untuk menyelesaikan beberapa jenis hutang sedia ada.

Ini bermakna anda hanya perlu bayar satu ansuran bulanan sahaja dengan kadar faedah lebih rendah, kira-kira serendah 2.38% setahun mengikut kadar Bank Rakyat. Anda juga akan mengalami peralihan jenis hutang daripada pembiayaan konvensional kepada syariah jika sesebuah bank itu mempunyai pilihan tersebut.

Ia berbeza dengan penstrukturan semula hutang yang melibatkan proses perundingan untuk mengurangkan kadar faedah atau jumlah untuk satu jenis hutang.

Bilakah anda perlukan penyatuan hutang?

Jika anda rasa terbeban untuk bayar semua hutang anda ataupun selalu terlepas bayaran ansuran bulanan, itulah petanda untuk anda mulakan proses penyatuan hutang. Di Malaysia, anda boleh digelar bankrap jika hutang anda mencecah RM50,000. Untuk mengelakkan daripada perkara tersebut berlaku, lebih baik jika anda cari jalan penyelesaian hutang yang sesuai untuk situasi anda.



Cara Biasa Rakyat Malaysia Buat Penyatuan Hutang

Apabila anda ingin melaksanakan penyatuan hutang, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

1.    Semak baki setiap hutang

Pertama sekali anda perlu senaraikan setiap jenis dan baki hutang sedia ada serta kadar faedah untuk setiap satu. Dengan ini, anda boleh lebih memahami berapa jumlah yang masih terhutang atau belum diselesaikan dan ini akan memudahkan langkah-langkah yang seterusnya.

2.      Kira jumlah semua hutang dan bayaran ansuran

Sekarang, anda perlu melaksanakan sedikit matematik. Apabila anda sudah senaraikan baki hutang sedia ada, jumlahkan semua baki tersebut untuk mengetahui jumlah keseluruhan. Kemudian, kirakan jumlah keseluruhan ansuran bulanan serta peratusan kadar faedah.

3.      Pilih produk pinjaman baru

Sekarang ini anda boleh pilih pinjaman baru yang jumlahnya sama atau lebih kurang dengan jumlah keseluruhan hutang semasa tetapi ansuran bulanan adalah lebih rendah daripada ansuran semasa. Anda juga perlu mempertimbangkan faktor kadar faedah sama ada ia lebih rendah daripada asal. Pada dasarnya, anda perlu pilih produk yang sesuai dengan keinginan dan matlamat anda.

4.      Semak kelayakan dan mohon pembiayaan

Tak semua rakyat Malaysia bakal mengharungi kejayaan permohonan penyatuan hutang. Kadang-kadang bank boleh menolak permohonan anda atas sebab skor kredit rendah. Anda boleh hubungi bank atau pemberi pinjaman untuk memastikan kelayakan anda. Kemudian, anda perlu daftar untuk permohonan penyatuan hutang bersama bank melalui pusat panggilan, atas talian atau menghadirkan diri di cawangan bank.

Cara Lebih Mudah dan Efektif Rakyat Malaysia Boleh Melaksanakan Penyatuan Hutang

Semua langkah yang tersenarai di atas boleh dimudahkan dengan bantuan amalan Malaysia. Anda tak perlu stress nak pilih produk yang sesuai atau buat proses perundingan dengan bank secara bersendirian. Kami faham hidup anda sudahpun terbeban dengan hutang lagi-lagi nak dibebankan dengan proses pengurusan hutang. Izinkan kami untuk bantu meringankan beban hutang supaya anda boleh beri lebih tumpuan kepada hidup dan pekerjaan anda. Kami hanya perlukan sedikit informasi tentang anda untuk memulakan perkhidmatan penyatuan hutang. Jadi, silalah daftar melalui portal pendaftaran amalan Malaysia.

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang