Kepentingan dan Cara Membina Dana Kecemasan

Rahayu

Kajian terbaru daripada Jabatan Perangkaan Malaysia mendedahkan keputusan yang sangat mengejutkan. 71.4% rakyat Malaysia bekerja sendiri yang terlibat dalam kajian ini mempunyai simpanan dana untuk kecemasan yang hanya mencukupi tempoh kurang daripada sebulan.


Antara pekerja swasta pula, 82.7% mempunyai dana kecemasan yang mencukupi untuk dua bulan sahaja.


Kita telahpun melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik coronavirus COVID-19. Selama 3 bulan, majoriti rakyat Malaysia tidak dibenarkan keluar rumah kecuali untuk perkara penting. Ini bermakna rakyat terpaksa bekerja di rumah ataupun mengalami kehilangan pekerjaan dan pendapatan.


Mengikut kajian terbaru Jabatan Perangkaan Malaysia, nampaknya ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai dana kecemasan yang mencukupi.


Statistik berikut turut membimbangkan:

  • 52% rakyat sukar untuk sediakan jumlah wang sebanyak RM1,000 untuk kecemasan
  • 24% rakyat sahaja boleh menampung perbelanjaan selama 3 bulan atau lebih
  • 10% rakyat sahaja boleh menampung perbelanjaan lebih daripada 6 bulan

 

Adakah anda dalam golongan yang mempunyai dana kecemasan kurang daripada 6 bulan?

 

Memahami Konsep Dana Kecemasan

 

Dana kecemasan adalah wang simpanan yang hanya akan digunakan bila anda dalam keadaan darurat.

 

Contohnya bila anda kehilangan pekerjaan, terpaksa bayar bil hospital akibat kemalangan atau kecemasan yang tak dijangka, pembayaran penyelenggaraan kereta, dan sebagainya.

 

Dana kecemasan anda BUKAN dana persaraan.

 

Anda perlu pisahkan dana kecemasan daripada jenis-jenis dana yang lain. Kami akan terangkan cara membina dana kecemasan dengan lebih terperinci sebentar lagi.

 

Tapi yang paling penting anda kena faham ialah dana kecemasan akan membantu menampung hidup jika anda berada dalam keadaan susah.

 

Kenapa Anda Perlukan Dana Kecemasan?

 

Mungkin anda rasa situasi hidup anda selamat. Pendapatan anda tinggi atau mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan.

 

Tetapi hidup kita ini tak tentu selamat sentiasa. Kecemasan yang tak dijangka bakal berlaku. Jadi, kita hanya mampu bersedia untuk menghadapi “worst case scenario” atau keadaan yang tak diingini.

 

Setiap orang mempunyai sebab berbeza untuk mengumpul dana kecemasan. Antaranya adalah untuk:

 

  1. Bayar balik hutang serta mengelakkan hutang untuk penyelenggaraan kereta atau kos perubatan.
  2. Persediaan membayar cukai pendapatan tahunan atau perbelanjaan yang tak dijangka.
  3. Menampung hidup bila kehilangan pekerjaan atau mengalami penyakit serius.
  4. Kos penyelenggaraan rumah.
  5. Simpanan untuk matlamat pelaburan kewangan jangka panjang.

 

Jumlah Wang Simpanan Sebagai Dana Kecemasan


Anda mungkin tertanya-tanya, “berapa banyak wang yang saya perlu ketepikan untuk kecemasan?”


Jumlahnya berbeza dari satu orang ke satu orang yang lain.


Jumlah dana kecemasan anda mungkin berbeza dengan sahabat baik anda. Ia bergantung kepada cara hidup masing-masing.

 

Jika anda telah bekerja selama beberapa bulan atau beberapa tahun, anda boleh anggarkan jumlah perbelanjaan bulanan.

 

Secara amnya, jika anda seorang bujang, anda digalakkan menyimpan wang untuk perbelanjaan selama 4 bulan atau lebih. Jika anda berkahwin, anda memerlukan wang perbelanjaan sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan.

 

  • Bujang: 4 x belanja bulanan
  • Berkahwin: 6 x belanja bulanan
  • Berkahwin, 1 anak: 9 x belanja bulanan
  • Berkahwin, 2 anak: 12 x belanja bulanan

 

Cara Bina Dana Kecemasan

 

Sebaik sahaja anda mula bekerja dan mempunyai pendapatan, anda patut membina dana kecemasan. Anda perlu ingat bahawa ini bukanlah usaha “overnight” atau semalaman. Ini akan memakan masa beberapa bulan ataupun beberapa tahun.

 

Namun, dengan usaha konsisten anda pasti boleh bina dana kecemasan untuk menampung hidup ketika kesusahan seperti dalam pandemik ini.

 

1.      Mulakan simpanan

Secara amnya, anda perlulah simpan 10% daripada pendapatan bulanan anda. Anda patut peruntukkan jumlah ini dalam bajet bulanan anda.

 

Pastikan anda tahu matlamat anda. Berapakah jumlah wang yang anda perlu simpan?

 

Katakan perbelanjaan bulanan anda adalah sebanyak RM3,000. Untuk dana kecemasan, anda memerlukan sekurang-kurangnya 4 kali jumlah ini iaitu RM12,000. Jika anda menyimpan sebanyak RM500 sebulan dalam dana kecemasan, anda akan mencecah jumlah tersebut dalam masa 24 bulan atau 2 tahun. Lebih banyak anda simpan dalam dana tersebut, lebih cepat matlamat anda akan tercapai.

 

Di manakah wang tersebut perlu disimpan?

 

Anda perlu pisahkan dana kecemasan daripada “current account” atau akaun semasa di bank anda. Buka akaun simpanan baru hanya untuk dana kecemasan. Syaratnya anda tak boleh keluarkan wang tersebut kecuali bila ada kecemasan. Pastikan juga akaun tersebut boleh ditunaikan dengan mudah. Akaun Amanah Saham Berhad anda bukanlah akaun yang sesuai sebab anda perlu melaksanakan beberapa langkah pengesahan sebelum boleh mengeluarkan dana anda.

 

Apa-apa pun, yang penting anda perlu mula simpan wang untuk dana kecemasan.

 

2.      Berbelanja dengan bijak

Tak kira berapa banyak pendapatan anda, perbelanjaan secara bijak adalah sangat penting. Ini supaya anda tidak berbelanja dengan boros dan mempunyai wang lebih untuk simpanan ke dalam dana kecemasan, dana persaraan mahupun dana untuk bayar balik hutang.

 

Bajet bulanan yang efektif adalah sangat penting untuk memastikan perbelanjaan anda tidak melebihi kemampuan.

 

Jadi, pastikan anda bajetkan wang pendapatan anda dalam kategori berikut:

  • 50% untuk keperluan harian
  • 30% untuk kemahuan anda
  • 20% untuk simpanan masa depan anda

 

3.      Tingkatkan pendapatan

Ada kalanya anda tak mampu untuk menyimpan dana kecemasan sebanyak RM500 sebulan sebab pendapatan anda tak mencecah RM3,000 pun. Lagi-lagi anda mempunyai komitmen untuk bayar balik pinjaman kereta, sewa rumah dan sebagainya.

 

Jadi, apa yang anda boleh buat?

 

Ada beberapa cara untuk anda tingkatkan pendapatan tanpa meninggalkan pekerjaan semasa:

  • Bekerja sebagai pemandu Grab pada waktu malam atau hujung minggu
  • Kerja part-time kat kafe pada hujung minggu
  • Buat perniagaan online

 

Apa-apa pun pekerjaan sampingan tersebut, pastikan anda upskill atau tingkatkan ilmu dan kemahiran untuk pekerjaan sampingan tersebut.

 

4.      Bayar balik hutang

Kalau nak cepat-cepat capai matlamat jumlah dana kecemasan, anda perlu cepat-cepat bayar balik hutang tertunggak.

 

Wang simpanan anda bukan sahaja untuk dana kecemasan. Tetapi juga untuk pembayaran balik hutang peribadi dan kad kredit.

 

Jika anda abaikan pembayaran hutang dan sebaliknya meletakkan wang simpanan hanya ke dalam dana kecemasan, anda akan mengalami kerugian besar. Ini kerana bank mengenakan kadar faedah terhadap hutang anda. Lagi lama anda mengabaikan pembayaran semula hutang, lagi tinggi jumlah hutang anda.

 

Jadi, cepat-cepat selesaikan hutang anda.

 

Jangan risau, hutang boleh diselesaikan walaupun keadaan anda mungkin sukar buat masa ini.

 

Kami di amalan adalah syarikat pengurusan hutang profesional yang boleh bantu anda berunding dengan pihak bank.

 

Anda tak perlu keluar rumah dan tak perlu ke bank.

 

Anda hanya perlu hubungi kami atas talian supaya kami lebih mengenali anda dan situasi sulit anda.

 

Jika anda layak untuk program keringanan hutang amalan, hutang anda akan diselesaikan lebih cepat dan mudah dengan kadar rendah.

 

Langkah Seterusnya Apabila Matlamat Tercapai

 

Katakan anda telahpun mencapai matlamat untuk mengumpul jumlah dana untuk waktu kecemasan. Pendapatan anda juga telah meningkat dan anda sangat berwaspada ketika berbelanja.

 

Apakah yang anda boleh lakukan sekarang?


  1. Tingkatkan jumlah dana kecemasan mengikut situasi. Hidup ini bukanlah sekata dan keadaan hidup pasti akan berubah. Anda mungkin bakal membina rumah tangga baru ataupun sambung belajar ke luar negara. Risiko akan menjadi lebih tinggi apabila komitmen meningkat. Jadi, dana kecemasan anda juga perlu ditambahkan.



  1. Kemaskini bajet. Pendapatan dan komitmen anda mungkin telah meningkat dan prioriti anda sekarang berbeza. Dengan berubahnya situasi hidup, bajet anda juga akan berubah. Anda mungkin mahu melabur duit anda untuk meningkatkan jumlah harta bagi menampung hidup keluarga anda.


 

Dana Kecemasan Bakal Menyelamatkan Anda

 

Masih tak terlambat lagi untuk anda kumpulkan dana untuk kecemasan walaupun dalam situasi pandemik ini. Malah, sekarang inilah masa yang paling sesuai untuk membina dana kecemasan.

 

Anda mungkin telah merasai kesusahan ketika PKP dan tidak ingin melalui pengalaman yang sama.

 

Jadi, berusahalah untuk membina dana kecemasan, tingkatkan pendapatan, bijak berbelanja dan selesaikan hutang secepat mungkin!

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang

Tags