Punca Kebankrapan dan Bagaimana Rakyat Malaysia Muflis Boleh Minta Bantuan
Frans
Kebankrapan atau muflis adalah satu perkara yang disegani ramai penghutang di Malaysia. Ia biasanya dirujuk sebagai keadaan yang sangat tidak bernasib baik. Namun, tak ramai yang tahu proses kebankrapan. Adakah seorang yang muflis itu akan dipenjarakan? Ataupun kebabasannya menjadi terhad? Bolehkah seorang yang muflis dikeluarkan daripada senarai hitam dan selesaikan segala hutangnya?
Apakah itu kebankrapan?
Mengikut definisi Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), kebankrapan merujuk kepada satu proses di mana seorang penghutang diisytiharkan muflis melalui perintah Mahkamah.
Seseorang itu digelar muflis apabila dia tidak mampu untuk melangsaikan hutang berjumlah tidak kurang daripada RM50,000 setelah 6 bulan masih tidak dibayar hutang. Ya, lima puluh ribu ringgit.
Lebih-lebih lagi, seseorang itu boleh diisytiharkan muflis tanpa pengetahuannya apabila:
- Dokumen undang-undang telah dihantar ke alamat lama
- Pengisytiharan muflis diserahkan melalui prosedur penyampaian ganti
- Individu tersebut tidak hadir ke mahkamah
- Individu tersebut tidak menerima atau tidak membuka dokumen undang-undang yang telah dihantar kepadanya
Punca seseorang itu bankrap atau muflis
Cuba teka apa sebab seseorang itu boleh bankrap? Mungkin anda fikir perniagaan mereka merosot dan tidak membina profit. Ataupun mereka itu seorang yang suka membeli barang mewah luar daripada kemampuan mereka lalu mengumpul hutang kad kredit.
Sebenarnya, majoriti kes muflis di Malaysia menurut data JIM adalah disbebakan oleh pinjaman kereta (36%). Ini diikuti dengan pinjaman perumahan (26%), pinjaman peribadi (24%), dan pinjaman perniagaan (14%).
Jadi, berhati-hatilah apabila anda melaksakanan pinjaman dari bank dan pastikan anda mampu membayar balik hutang dengan ansuran bulanan. Jika hidup anda secara tiba-tiba menghadapi kesusahan untuk membayar balik hutang, anda boleh mempertimbangkan jalan penyelesaian hutang seperti penyatuan hutang atau penstrukturan semula hutang.
Undang-undang muflis terkini yang anda perlu tahu
Sejak 6 Oktober 2017, undang-undang akta muflis telah diubah. Berikut adalah perkara penting yang anda perlu tahu.
1. Had minimum muflis dinaikkan dari RM30,000 ke RM50,000.
2. Individu muflis boleh mendapatkan pelepasan automatik selepas 3 tahun daripada tarikh penyerahan penyata hal ehwal dengan syarat bahawa penghutang telah mencapai sasaran untuk sumbangan hutang dan mengistiharkan liabiliti kepada JIM.
3. Penghutang yang bakal digelar muflis mempunyai peluang untuk menyelesaikan hutang tanpa prosiding muflis dengan cara penyusunan semula hutang.
4. Penjamin sosial dikecualikan dari prosiding kebankrapan jika seseorang individu atau syarikat yang mereka jadi penjamin digelar muflis.
Apa yang terjadi apabila anda digelar muflis
Kebankrapan itu tidak semestinya dramatik tetapi ia memang sesuatu perkara yang berat dan membimbangkan. Namun, anda perlu terus tenang dan mematuhi proses yang akan dikendalikan.
Hidup anda kini akan berada di bawah pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) yang akan mentadbir semua aset anda. Ini bermakna harta benda anda kemungkinan besar akan disita dan dijual untuk membayar balik hutang anda. KPI juga akan mentadbir dan menyiasat segala urusan yang berkaitan dengan kes kebankrapan anda.
Selain itu, anda akan mengalami sekatan hidup. Anda tidak akan dibenarkan keluar negara selagi hutang masih ada. Akaun bank anda yang sedia ada akan dinyahaktifkan dan anda dilarang untuk mengeluarkan wang. Jika menggunakan kad kredit, anda tak boleh berbelanja lebih daripada RM1,000. Anda juga tidak boleh buka akaun bank tanpa kebenaran KPI dan tidak boleh menjalankan perniagaan. Anda masih boleh bekerja kecuali sebagai peguam, juru ukur, akauntan, doktor dan pengarah syarikat. Walau bagaimanapun, anda perlu menyatakan kebankrapan anda kepada majikan.
Meskipun hidup anda kurang bebas, anda masih perlu selesaikan semua hutang anda. Anda perlu terus bekerja untuk memperoleh pendapatan konsisten dan bayar balik hutang sedikit demi sedikit. Selepas 3 tahun, anda layak mendapatkan pelepasan automatik jika anda mencapai matlamat penyelesaian hutang yang telah dipersetujui. KPI akan mengambil kira status kewangan semasa serta perlakuan diri anda dan memberi laporan yang sewajarnya.
Bagaimana anda boleh selesaikan hutang sebelum digelar muflis
Paling baik kita tak mahu digelar muflis dalam hidup yang singkat ini. Namun, hidup ini penuh cabaran dan kejadian yang tak disangka. Satu hari kita mampu bayar ansuran hutang bulanan. Hari seterusnya kita mungkin dicabar dengan bencana hidup yang tidak diingini dan tak mampu bayar hutang seperti biasa.
Pinjaman wang mungkin boleh bawa banyak manfaat seperti rumah yang selesa, pengangkutan selamat dan pendidikan tinggi. Namun, ia juga boleh membawa anda kepada hutang tertunggak dan kebankrapan.
Untuk mengelakkan anda digelar muflis, anda perlu perhatikan hutang anda. Adakah ia bakal mencecah RM50,000? Sebelum hutang mencapai angka tersebut, lebih baik anda berusaha untuk mengurus hutang dengan lebih baik.
Tahukah anda hutang tersebut boleh disusun semula atau disatukan dengan kadar faedah atau ansuran bulanan lebih rendah?
Anda boleh buat perkara tersebut dengan pihak bank atau pemiutang. Tetapi proses ini agak rumit dan susah untuk dikendalikan seorang diri. Hidup anda sudahpun susah. Tambah proses ini, anda mungkin akan lebih bingung dan stress. Lebih baik anda dapatkan bantuan profesional seperti amalan Malaysia.
Sebagai syarikat pengurusan hutang profesional, kami akan mewakili anda untuk berunding dengan pihak bank untuk memberi penyelesaian hutang yang memuaskan. Anda hanya perlu daftar dan ceritakan masalah anda kepada kami. Semua ini boleh dilaksanakan atas talian. Anda tak perlu keluar rumah atau jumpa pihak bank. Perkhidmatan kami sangat mudah dan cepat supaya hidup anda terus tenteram. Daftar secara percuma sekarang!