3 Budgeting Apps Sesuai Untuk Rakyat Malaysia Menangani Hutang

Frans

Gaji masuk, duit keluar. Adakah ini prinsip kewangan anda? Jika ya, mungkin inilah masanya untuk anda mula buat budgeting, kawal pengeluaran wang dan cegah hutang

Mengikut kajian, tahap literasi kewangan di Malaysia hanya 36% berbanding dengan 59% di negara maju. Ini mungkin sebab ramai rakyat Malaysia sering terjebak dalam masalah hutang dan rasa susah nak tingkatkan kualiti hidup.

Jadi, kita perlulah lebih prihatin dengan hal kewangan.

Tetapi...

“Tak ada masa lah!”

“Complicated sangat nak buat bajet!”

“Budgeting ni kan hanya untuk expert kewangan je...”

Eh! Tunggu dulu... jangan lah pesimis sangat.

Sebenarnya, buat budget ni bukannya susah. Memang ia mungkin akan makan masa anda sedikit tetapi benefit jangka masa panjang sangat berbaloi.

Untuk mereka yang old fashion boleh lah guna buku nota ataupun excel sheet untuk bina budget. Tapi kalau tak pandai guna excel sheet ataupun rasa sangat rumit buat secara manual, tak ada masalah. Boleh je guna budgeting apps.

Tetapi...

“Kebanyakan budgeting apps ni dalam USD bukan Ringgit Malaysia”

“Saya tak boleh nak link bank akaun atau e-wallet Malaysia ke budgeting apps yang dicipta oleh syarikat luar negara”

Memang betul, kebanyakan budgeting apps ni not Malaysia friendly tetapi bukan semua.

Walaupun tak banyak, ada je budgeting apps yang sesuai untuk rakyat Malaysia. Anda tak perlu risau, kami dah siap buat research!

But first...

Kenapa budgeting apps sangat penting untuk rakyat Malaysia?

Ketika lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan tahun ini oleh sebab impak coronavirus, kita semua telah merasai keadaan apabila kegiatan ekonomi perlahan tetapi perbelanjaan masih berlangsung.

Walaupun duduk di rumah sahaja, kita masih perlu melaksanakan bayaran gadai janji atau sewa rumah, bil air dan elektrik, sewa kereta, keperluan rumah dan sebagainya.

Tahukah anda berapa banyak anda belanja dan jimat?

Adakah anda keep track dengan pengeluaran kewangan anda?

Atau adakah anda dapati yang anda sebenarnya telah terjebak dalam masalah hutang kad kredit sebab pendapatan tak mencukupi atau dana kecemasan tiba-tiba dah kering?

Inilah di mana budgeting boleh membantu anda.

Apabila anda perhatikan kewangan anda, di mana ia keluar dan masuk, anda boleh lebih memahami perbelanjaan anda dan memastikan bahawa anda tak tertunggak hutang.

Lebih baik kita tahu daripada tak tahu.

Jadi, apakah faedah budgeting?

Budgeting boleh bantu anda capai matlamat kewangan

Sama ada anda ingin bebas hutang, tingkatkan pendapatan, kembangkan pelaburan, ataupun jimat perbelanjaan, budgeting memastikan anda terus fokus kepada matlamat.

Dengan tertulisnya matlamat serta aliran keluar masuk kewangan, anda akan lebih prihatin terhadap perbelanjaan anda.

Mengikut pepatah “Out of sight, out of mind”, jika sesuatu perkara itu terus berada di depan mata, kita akan terus ingat tentang tanggungjawab kita. Oleh itu, budgeting boleh bantu untuk mengingatkan kita hal yang penting dalam hidup.

Mengelakkan perbelanjaan lebih daripada kemampuan

Ini mungkin perkara yang biasa kita lihat apabila membaca tentang nasihat kewangan. Jangan belanja lebih daripada kemampuan.

Namun, tak ramai orang yang mengikuti nasihat ini sebab tak mempunyai struktur kewangan yang betul. Apabila kita mengikut Budgeting Rule 50/30/20 tak mustahil untuk kita belanja dengan bijak.

Apabila pendapatan masuk, kita perlu terus simpan 20% wang tersebut dan selesaikan segala keperluan atau bil pada awal bulan. Yang selebihnya, iaitu 30%, anda boleh gunakan untuk belanja selebihnya.

Bersedia untuk masa kecemasan seperti pandemik

Jika anda mengikuti budgeting rule tersebut, anda sepatutnya telahpun simpan dana untuk kecemasan setiap bulan. Dalam beberapa tahun, anda akan mempunyai dana kecemasan yang mencukupi untuk menampung hidup selama 6 bulan sekurang-kurangnya.

Ketika pandemik ini, ramai yang terpaksa menggunakan dana kecemasan untuk menampung keperluan hidup. Tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mempunyai dana kecemasan langsung sebab tak budget dengan bijak?

Nasib kalau masih ada pekerjaan. Jika anda tidak mahu berhutang pada waktu kecemasan seperti pandemik ini, lebih baik anda mulakan budgeting dan simpan dana.

Bersara dengan lebih aman

Bila tua nanti, adakah anda ingin hidup selesa atau merana? Jika anda ingin kehidupan masa tua nanti selesa dan aman, pastikan anda buat persediaan sekarang.

Selain daripada dana kecemasan, anda juga perlu simpan sebahagian dana pendapatan anda ke dalam dana persaraan. Simpan sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Anda juga boleh mula melabur dana tersebut kepada pelaburan risiko rendah. Ini supaya dana tersebut akan berkembang dengan lebih cepat sekaligus mencapai matlamat dana persaraan anda.

Soalan sekarang ini...

“Bagaimana nak mula budgeting?”

Mudah sahaja. Anda boleh mula dengan buka nota yang simple. Tuliskan matlamat serta aliran keluar masuk setiap kewangan anda. Kalau nak lakukan secara digital, boleh guna Microsoft Excel.

Tetapi kalau nak lebih mudah, boleh guna budgeting apps.



Apakah 3 budgeting apps yang boleh digunakan dengan mudah di Malaysia?

Seperti yang kami terangkan, ada beberapa budgeting apps yang mesra Malaysia.

Di bawah kami senaraikan 3 apps yang boleh bantu anda. Ini bukan sponsored post ya. Kami hanya ingin bantu senangkan hidup anda.

1. HeyAlfred

Budgeting app ini sangat Malaysian-friendly. HeyAlfred dicipta oleh syarikat Malaysia HA Tech Solutions Sdn Bhd pada tahun 2019. Walaupun baru, app ini telah mendapatkan perhatian rakyat Malaysia oleh sebab chatbot bernama Alfred yang peramah serta ciri keseluruhan app ini yang sangat user-friendly. Apabila anda link akaun bank anda, setiap perbelanjaan akan dikategorikan dengan visual yang menarik. App ini hanya digunakan untuk budgeting dan bukan untuk transaksi kewangan. Setakat ini, HeyAlfred adalah satu-satunya budgeting app khas untuk rakyat Malaysia.

Spendee

App minimalistik ini boleh digunakan di hampir semua negara. Namun, rakyat Malaysia yang mempunya akaun bank Maybank atau HSBC sahaja boleh link akaun tersebut. Kalau tak link akaun, anda masih boleh isikan segala perbelanjaan dan pendapatan dalam app ini dan perhatikan aliran kewangan. Basic plan memang free kecuali kalau nak tambah bilangan pengguna.

Money Lover

Dengan visual yang menarik, app Money Lover ini sangat popular dan mudah digunakan. Ia boleh link kepada lebih banyak akaun bank di Malaysia termasuk Maybank, Public Bank, RHB, CIMB dan CIMB Kwik. Paypal pun boleh. Selain ciri-ciri utama seperti membina bajet, memantau hutang dan aliran kewangan, serta menetapkan matlamat simpanan, anda juga boleh memantau perbelanjaan ketika melancong atau untuk acara istimewa. Lebih menarik lagi, anda boleh scan resit di mana jumlah tersebut akan ditambah ke dalam senarai perbelanjaan.

Mulakan Budgeting, Elak Hutang & Capai Matlamat Kewangan

Kami harap info ini boleh membantu anda untuk lebih bertanggungjawab dengan kewangan anda.

Yang pentingnya anda MULA bina bajet yang kukuh supaya anda boleh perhatikan perbelanjaan.

Kemudian, anda boleh berusaha untuk tingkatkan pendapatan, simpan dana untuk kecemasan dan persaraan, dan juga bayar balik segala hutang yang tertunggak.

Jika anda perlukan bantuan pengurusan hutang, kami di amalan sedia membantu! Jangan malu-malu ya, hubungi kami hari ini.

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang