5 Langkah Menetapkan Matlamat Kewangan Untuk Bebas Hutang Tahun 2021

Frans

Dengan harapan vaksin Covid-19, ramai yang tak sabar untuk mengalu-alukan kedatangan tahun 2021. Para saintis telahpun menetapkan matlamat ini semenjak berlakunya pandemik ini. Mereka tahu secara realistiknya, matlamat tersebut akan mengambil lebih daripada satu tahun untuk dicapai. Tapi mereka mempunyai timeline untuk menghasilkannya.

Kaedah ini boleh dipraktikkan dalam hidup peribadi anda.

Dari segi kewangan, kita juga perlu mempunyai matlamat yang kukuh, boleh diukur dan dicapai, serta tempoh yang tetap.

Masalah Dengan Matlamat Kewangan

Kita semua ada matlamat yang ingin dicapai supaya hidup lebih makmur dan selesa. Jadi, setiap awal tahun, ramai daripada kita telah cuba untuk menetapkan matlamat kewangan atau financial goals.

Namun, ramai juga yang gagal untuk mencapai matlamat kewangan. Masalahnya biasanya berpunca daripada salah satu perkara berikut:

  1. Tiada matlamat yang kukuh
  2. Tidak menetapkan tempoh atau deadline
  3. Tidak realistik atau mengikut kemampuan
  4. Tidak pasti macam mana nak set matlamat kewangan

Jika anda telah mengalami masalah ini dan rasa susah untuk mencapai financial goals selama ini, cuba ambil sedikit masa bulan ini untuk menilai semula keadaan anda dan ikut langkah-langkah di bawah.

5 Langkah Untuk Menetapkan Financial Goals

Anda mungkin ada beberapa matlamat untuk dicapai pada tahun 2021. Tuliskan matlamat-matlamat tersebut secara kasar terlebih dahulu. Kemudian, pilih salah satu dan ikuti langkah berikut.

1. MATLAMAT SPESIFIK

Mari kita ikuti contoh ini: "Saya akan bayar balik hutang".

Bolehkah ia menjadi lebih spesifik? Apakah jenis hutang tersebut? Mungkin anda boleh mengubah statement ini kepada:

"Saya akan bayar balik hutang kad kredit"

Mulakan dengan kenyataan umum atau basic dan ubah suai kenyataan tersebut untuk merangkumi perkara yang lebih terperinci.

2. BOLEH DIUKUR

Ini adalah perkara yang ramai tidak pedulikan apabila menetapkan matlamat kewangan dan seterusnya gagal untuk merealisasikannya.

Sangat penting untuk anda menetapkan elemen masa supaya anda tahu apa yang anda perlu lakukan dan bila perkara itu akan dilakukan. Fikirkan matlamat umum di atas sebagai destinasi dan elemen-elemen yang lain (bila dan bagaimana) sebagai titik dan arah perjalanan anda.

Jadi mengikutkan contoh tadi, anda boleh tambahkan elemen masa:

"Saya akan bayar balik hutang kad kredit setiap bulan"

3. BOLEH DICAPAI

Oleh sebab ini adalah matlamat kewangan, anda perlulah menetapkan sesuatu jumlah dalam matlamat anda. Pastikan jumlah tersebut adalah realistik dan mengikut kemampuan anda. Jadi, lihat balik bajet kewangan anda dan pastikan pendapatan anda mencukupi untuk melaksanakan matlamat tersebut.

Jika kita letakkan jumlah pada matlamat di atas, ia akan menjadi seperti berikut:

"Saya akan bayar balik hutang kad kredit dengan bayaran RM150 setiap bulan"

Ingat, jumlah tersebut berbeza mengikut kemampuan semasa anda. Jika pendapatan anda meningkat pada pertengahan tahun, anda boleh mengubah suai kenyataan ini kepada jumlah yang lebih besar.

4. TETAPKAN TEMPOH

Langkah ini lebih terperinci lagi supaya matlamat anda kukuh. Ingat, masa itu emas. Anda akan lebih cenderung untuk mencapai matlamat jika anda tetapkan tempoh atau deadline.

Contohnya:

"Saya akan bayar balik hutang kad kredit dengan bayaran RM150 setiap bulan bagi tempoh 25 bulan"

Dengan adanya tempoh ini, anda boleh memastikan berapa lama hutang tersebut akan diselesaikan dan ini juga akan memberi motivasi kepada anda untuk mencapai matlamat tersebut.

5. RELEVAN DENGAN SITUASI

Walaupun anda telahpun mempunyai matlamat yang kukuh dengan jumlah dan deadline tetap, anda juga perlu fikir tentang keadaan semasa atau situasi akan datang. Contohnya, jika anda menjangkakan bayi tak lama lagi atau baru sahaja diberhentikan kerja, mungkin anda perlu ubah suai matlamat anda. Pastikan matlamat anda relevan dengan situasi semasa atau yang bakal dijangkakan.

Psst... jika anda dalam masalah hutang seperti contoh di atas, hubungi kami amalan Malaysia ya!



Apa Jadi Jika Perkara Yang Tak Dijangka Berlaku?

Hidup ini penuh dengan misteri dan kejutan. Pandemik ini telahpun menunjukkan kita bahawa perkara yang tak dijangkakan boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Bagi mereka yang telahpun membina dan kecemasan, mereka tak perlu risau sangat tentang kewangan mereka ketika pandemik ini. Bagi mereka yang tidak mempunyai dana kecemasan yang mencukupi, mereka perlu mencari pendapatan lebih untuk menampung kesusahan yang dialami.

Apa-apa pun, mereka perlu ubah suai keadaan hidup mereka untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

Sama seperti matlamat kewangan anda.

Jika sesuatu perkara yang tak dijangka berlaku dan mengimpakkan matlamat anda, semak balik matlamat tersebut. Cuba semak perkara apa yang boleh diubahsuaikan. Mungkin ia tempoh matlamat ataupun jumlah yang tertera. Asalkan matlamat umum tak ditukarkan. Ya, mungkin matlamat tersebut akan dicapai lebih lama tetapi sekurang-kurangnya ia akan dicapai dan tak mengalami kegagalan seperti tahun-tahun lepas.

Kenapa Perlu Menetapkan Matlamat Kewangan

Anda mungkin fikir, "Kalau tak ada matlamat kewangan boleh ke? Perlukah saya tetapkan matlamat kewangan?"

Matlamat ini sebenarnya adalah panduan atau arah tuju untuk hidup lebih makmur tanpa risau.

Bagi mereka yang mempunyai tanggungjawab kewangan sama ada untuk kehidupan seharian mahupun menampung hidup seisi keluarga, matlamat kewangan boleh membantu meringankan beban hidup.

Contoh Matlamat Kewangan Umum

Matlamat kewangan anda mungkin berbeza dengan matlamat kewangan rakan atau ahli keluarga anda. Yang pentingnya, pastikan apakah matlamat yang anda ingin capai. Berikut adalah contoh-contoh matlamat kewangan umum yang anda boleh fokuskan pada tahun 2021.

  • tingkatkan skor kredit supaya boleh memohon pinjaman
  • bayar balik semua hutang peribadi
  • tingkatkan jumlah ansuran bayaran hutang pinjaman PTPN
  • simpan dana setiap bulan untuk melengkapkan dana kecemasan 6 bulan
  • simpan dana 10% untuk dana persaraan
  • mula track budget menggunakan budgeting apps
  • kurangkan perbelanjaan bulanan kepada RMXXX sebulan
  • tingkatkan pendapatan dengan kerja sampingan baru
  • bina portfolio pelaburan yang pelbagai
  • struktur semula atau satukan semua hutang tertunggak

Pilih maksimum 3 matlamat untuk tahun 2021 supaya anda lebih fokus dan mampu melaksanakan strategi yang sesuai untuk setiap matlamat. 

Setelah anda capai sesuatu matlamat, anda boleh pilih matlamat yang lain pula. Jangan pula pilih sepuluh matlamat sekaligus. Ini adalah salah satu sebab seseorang itu bakal gagal dalam mencapai matlamat kewangan. Fokus kepada satu, dua atau tiga matlamat terlebih dahulu dan laksanakan yang terbaik demi masa depan yang lebih senang.

Jika salah satu matlamat anda adalah untuk menyatukan, membiayai semula atau menstruktur semula hutang tertunggak, anda boleh hubungi amalan Malaysia segera untuk meringankan beban anda.

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang