Bagaimana Rakyat Malaysia Boleh Merdeka Daripada Hutang

Frans

Malaysia sudah pun merdeka daripada penjajahan British 63 tahun lalu. Tapi adakah rakyatnya telah merdeka daripada belenggu hutang?

Cuba tengok keadaan kewangan anda.

Jika anda sedang hidup bebas hutang dan menikmati kebebasan kewangan – SYABAS!

Jika tidak... jangan risau. Kami akan kongsi tips untuk merdeka daripada hutang anda.

Sebelum itu...

Macam mana seseorang itu boleh terhutang?

Sebelum anda selesaikan hutang, anda perlu tahu puncanya.

Ya lah, macam mana nak capai solusi kalau tak tahu puncanya.

Biasanya, seseorang itu terhutang sebab tak mampu bayar balik pinjaman peribadi atau kad kredit.

Perbelanjaan lebih daripada jumlah pendapatan.

Oleh sebab adanya kad kredit, anda mungkin salah guna kemudahan tersebut. Walaupun kad kredit membolehkan anda membayar sesuatu perbelanjaan pada suatu masa depan, ia sebenarnya boleh membuat anda terhutang.

Jika anda tak bayar hutang kad kredit sebelum “due date”, anda akan dikenakan peratusan kadar faedah. Mungkin nampak sedikit. Tapi bila anda terus tak membayar, ia akan terkumpul dan menjadikan jumlahnya lebih besar daripada hutang asal.

Adakah anda ingin membayar lebih daripada apa yang anda belanja pada awalnya?

Selain hutang kad kredit, anda mungkin juga mengalami hutang yang TAK DIJANGKA.

Contohnya, ahli keluarga anda mengalami kemalangan ataupun dijangkiti virus COVID-19.

Mereka terpaksa melalui check-up dan pembedahan seterusnya. Lalu anda terpaksa menghadapi kos perubatan yang besar. Anda tak mampu bayar sekaligus jadi anda guna kad kredit atau pinjaman peribadi untuk settle kan perkara ini. Macam inilah hutang yang tak dijangka boleh timbul.

Ada banyak lagi sebab hutang boleh masuk dalam hidup kita.

Apa-apa pun sebabnya, hutang mencegah anda daripada mencapai kebebasan kewangan. Jadi anda perlu berusaha untuk memerdekakan diri daripada hutang.

4 Cara Bebas Hutang Dengan Efektif

Dengan semangat Merdeka, inilah masa yang sesuai untuk anda berusaha untuk bebaskan diri daripada hutang dan nikmati hidup kebebasan kewangan dalam New Normal ini.

1.      Dapatkan bantuan daripada syarikat pengurusan hutang yang terkemuka di Asia Tenggara

Hakikat pertama yang anda perlu terima ialah hutang lebih baik diselesaikan bersama. Bukannya tak boleh tapi susah nak selesaikan semuanya secara bersendirian. Ia akan mengambil masa yang lebih dan anda mungkin akan mengalami kerugian lebih besar.

Jadi, anda patut dapatkan bantuan profesional.

Kami di amalan adalah sebuah syarikat pengurusan hutang yang terkemuka di Asia Tenggara. Setelah beroperasi di Indonesia selama 5 tahun, kami telah melunaskan lebih daripada 2,000 jenis hutang.

Baca cerita kejayaan kami dan anda boleh tahu kenapa pelanggan kami sangat berpuas hati dengan perkhidmatan amalan.

Perkhidmatan kami semuanya atas talian jadi anda tak perlu keluar rumah. Kami akan mewakili anda untuk berunding dengan pihak bank untuk mendapatkan keringanan hutang anda. Beza daripada syarikat pengurusan hutang lain, kami berusaha untuk dapatkan diskaun untuk hutang anda.

2.      Tingkatkan pendapatan anda

Ingat balik sebab utama seseorang itu boleh terhutang. Tak cukup duit untuk bayar balik hutang peribadi atau kad kredit. Kos perbelanjaan untuk kecemasan. Hutang tersebut sukar untuk dilunaskan jika pendapatan anda masih rendah. Solusinya? Tingkatkan pendapatan.

Dalam era moden ini, terdapat banyak cara untuk anda meningkatkan pendapatan anda. Anda boleh buat kerja secara online seperti graphic design, video editing, coding, reselling, dan sebagainya. Anda juga boleh jadi part-time pemandu Grab.

Apa-apa pun, anda juga perlu tingkatkan kemahiran untuk melaksanakan kerja-kerja sampingan ini. Mana tahu, kerja sampingan anda boleh jadi kerja sepenuh masa dan seterusnya bisnes sendiri.



3.      Kumpul dan simpan dana

Dalam program keringanan hutang bersama amalan, kami cadangkan anda untuk laksanakan simpanan dana yang mencukupi. Ini supaya anda boleh bayar balik semua hutang anda dan capai kebebasan kewangan.

Bila anda telahpun tingkatkan pendapatan, anda harus bijak berbelanja dan pastikan anda sisakan sebahagian daripada pendapatan anda sebagai dana simpanan. Dana ini akan digunakan untuk bayar balik hutang dan ataupun untuk waktu kecemasan.

Yang penting, anda kumpulkan dana untuk melunaskan hutang. Jangan risau, kami di amalan akan bimbing anda ke arah hidup merdeka hutang!

4.      Kaji semula bajet anda

Apabila pendapatan anda telah meningkat, bajet anda pasti akan berubah. Mungkin anda akan teruskan jumlah perbelanjaan dan tingkatkan jumlah simpanan. Anda mungkin ingin ubah purata bajet 50/30/20 ke 40/30/30. Pastikan anda ubah suai bajet mengikut kemampuan anda.

Selesaikan Hutang Anda Bersama amalan

Tidak terlambat untuk memulakan azam baru. Merdeka ini anda boleh tanam azam untuk melunaskan semua hutang anda. Mungkin dalam masa setahun, menjelang Hari Merdeka Malaysia ke-64, anda boleh menikmati kemerdekaan yang sebenarnya.

Ingat, anda bukan keseorangan.

Kami di amalan akan bantu anda dalam setiap perjalanan ke arah kebebasan hutang. Anda tak perlu keluar rumah. Kami akan bantu anda atas talian dan seterusnya mewakili anda untuk berunding dengan pihak bank.

Daftar sekarang untuk perundingan percuma bersama amalan hari ini.

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang