Cara Mengurus Kewangan Peribadi New Normal 2020

Rahayu

Musim lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memang sangat mencabarkan dari segi kewangan. Selama tiga atau empat bulan dari Mac hingga Jun, adakah anda telah menggunakan semua dana kecemasan peribadi?

 

Ada antara anda yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan. Jadi anda terpaksa mengeluarkan wang dari dana kecemasan. Tapi oleh sebab tak keluar rumah dengan kerap, anda juga mungkin lebih berjimat ketika PKP.

 

Sekarang ini PKP telahpun dilonggarkan dan anda kini dalam musim “New Normal”.

 

Ketika new normal ini, banyak perubahan yang telah berlaku:

  • Anda perlu pakai pelitup muka bila keluar rumah
  • Anda perlu daftar diri melalu contact tracing bila masuk kedai
  • Anda mungkin telah dapat pekerjaan baru
  • Anda mungkin telah mulakan side business

 

Apa-apa pun situasi anda, topik kewangan peribadi masih nombor satu dan perlu dipertimbangkan sentiasa.

 

Kenapa Pengurusan Kewangan Peribadi Penting?

 

Dalam hidup ini, kita telahpun meletakkan nilai terhadap mata wang untuk memperolehi keperluan harian seperti makanan dan kenderaan.

 

Jadi, kita perlulah bijak mengendali setiap pendapatan dan pengeluaran.

 

Di sinilah pengurusan kewangan peribadi sangat penting untuk menjamin hidup yang makmur.

 

Selain menjamin hidup yang selesa untuk anda dan keluarga, pengurusan kewangan yang efisien membolehkan anda:

  • Capai cita-cita kerjaya anda
  • Pergi melancong ke tempat baru
  • Luangkan masa bersama rakan-rakan
  • Nikmat persekitaran yang selesa dan tenang
  • Tingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran

 

Sama ada dalam musim pandemik atau aman damai, anda perlu mempunyai rancangan kewangan peribadi. Jadi, jangan tunggu sampai nasi jadi bubur dan mulalah hidup tanpa beban kewangan.

 

Bagaimana Nak Urus Kewangan Peribadi Ketika New Normal?

 

Pengurusan kewangan dahulu dan sekarang tak berbeza sangat.

 

Sekarang ni, anda mungkin perlu bina semula dana kecemasan ataupun bayar balik hutang tertunggak. Anda juga mungkin perlu kaji semula bajet mengikut kemampuan dan pendapatan semasa.

 

Ikut tips berikut dan anda pasti boleh mengurus kewangan peribadi secara efisien ketika new normal ini.

 

1.      Tentukan matlamat anda

Untuk senangkan proses ini, lebih baik anda fikir apa yang anda nak capai. Mungkin susah nak rancang secara terperinci jalan hidup anda. Tapi anda mesti ada cita-cita, kan?

 

Anda mungkin ingin travel around the world, jadi CEO sebuah syarikat ataupun bina bisnes sendiri.

 

Dengan adanya matlamat atau cita-cita, walaupun tak berapa pasti, anda boleh urus kewangan peribadi anda dengan lebih efektif.

 

2.      Kaji semula bajet anda

Pernah dengar tentang “50/30/20 Budget Rule” oleh Elizabeth Warren? Rangka bajet ini mencadangkan anda mengasingkan wang pendapatan selepas cukai kepada tiga bahagian: 50% untuk keperluan, 30% untuk keinginan, dan 20% untuk simpanan.

 

Ketika new normal ini, anda mungkin ingin mengubah suai purata tersebut untuk mementingkan simpanan. Jadi, anda boleh ubah bajet anda kepada purata 40/30/30 ataupun 50/20/30. Kurangkan perbelanjaan sama ada untuk keperluan atau keinginan dan tingkatkan wang simpanan.

 

Ini supaya anda boleh bina semula dana kecemasan anda ataupun bayar balik hutang tertunggak.

 

Jika setelah PKP anda rasa ingin mengubah hidup anda, lebih baik anda simpan duit dan tingkatkan pendapatan daripada berbelanja lebih.

 

3.      Belanja dengan bijak

Setelah anda kaji semula dan ubah suai bajet mengikut kemampuan dan pendapatan semasa, anda mungkin rasa perlu berwaspada apabila membelanja.

 

Bila anda teringin nak beli pakaian atau beg baru, mungkin fikir dua kali terlebih dahulu. Perlukah anda beli barang baru jika yang lama masih boleh digunakan?

 

Seperti mana PKP telah utamakan perkhidmatan penting atau essential services, anda juga perlu utamakan perbelanjaan penting sahaja ketika new normal ini jika ingin capai matlamat anda.

 

Sebab itu bajet adalah sangat penting. Setelah anda tentukan berapa banyak wang pendapatan yang patut digunakan dalam setiap kategori, anda boleh letakkan wang ke dalam bank simpanan dan bayar bil-bil keperluan pada awal bulan. Wang yang tinggal adalah wang yang anda boleh belanja dan anda tak perlu risau kalau terlebih belanja.

 

Dengan itu, anda juga harus berwaspada bila guna kad kredit. Seperti kad debit, gunakannya mengikut kemampuan. Kad kredit bagus untuk keselamatan bila beli-belah online ataupun untuk bayar ansuran bulanan secara automatik. Penggunaan kad kredit juga boleh meningkatkan skor kredit anda.

 

Jadi, pastikan anda mampu untuk bayar balik secara sepenuhnya sebelum dikenakan kadar faedah.

 

4.      Upskill dan tingkatkan pendapatan

Ada kalanya kita tak mampu untuk mengurangkan perbelanjaan oleh sebab komitmen yang tinggi. Solusinya? Tingkatkan pendapatan.

 

Tapi sebelum tu, anda perlu tambah ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam bidang yang terpilih. Jika anda ingin buat kerja sampingan atau minta gaji lebih tinggi, anda perlu tunjukkan kemahiran tinggi anda. Jadi, anda perlu ambil masa untuk “upskill” kemahiran anda.

 

Dengan teknologi dan internet dalam zaman moden ini, anda boleh dapatkan ilmu dengan begitu mudah. Anda boleh tengok tutorial secara percuma di YouTube ataupun belanja sedikit setiap bulan untuk buat online course.

 

Apabila dah bersedia, anda boleh mulakan kerja sampingan baru dan tingkatkan kekayaan anda demi hidup tanpa beban ketika new normal ini.

 

5.      Mulakan pelaburan jika mampu

Anda boleh melaksanakan langkah terakhir ini jika pendapatan anda telah meningkat, hutang telah diselesaikan, simpanan dana kecemasan lengkap dan masih ada wang simpanan untuk persaraan dan keperluan lain.

 

Nasihat utama apabila ingin melabur ialah pastikan anda mempunyai wang lebihan yang anda mampu hilang atau “money that you can afford to lose”. Seterusnya, anda perlu buat kajian terlebih dahulu dan betul-betul faham apa yang anda ingin lakukan dengan wang anda.

 

Ini kerana pelaburan ada risikonya dan anda tak mungkin akan dapat semula setiap wang yang diletakkan dalam skim pelaburan.

 

Jika anda ingin cuba, anda boleh melabur duit dalam Amanah Saham Berhad. Risikonya tak berapa tinggi dan mengikut sejarah dividen ASB adalah lebih kurang 5%-8%.

 

Apa-apa pun, pastikan anda mampu melabur mengikut bajet kewangan anda.

 

Ringankan Beban Kewangan Ketika New Normal

 

Anda telah pun merasai kesusahan ketika PKP.

 

Jadi, dalam situasi new normal ini, pastikan anda meluangkan lebih masa untuk memastikan kewangan peribadi anda mantap.

 

Pastikan anda:

  1. Tentukan matlamat
  2. Kaji semula bajet
  3. Belanja dengan bijak
  4. Upskill dan tingkatkan pendapatan
  5. Mulakan pelaburan jika mampu

 

Bila anda mempunyai kuasa atas kewangan peribadi anda, hidup anda pasti rasa lebih senang dan bermakna. Anda bakal capai matlamat hidup anda dan boleh menanggung keperluan keluarga tersayang.

 

Tapi jika anda masih dibelenggu beban hutang yang menjejaskan kesihatan kewangan peribadi, anda perlu selesaikan masalah ini terlebih dahulu.

 

Good news: anda tak perlu mengharungi cabaran pelunasan hutang secara bersendirian.

 

Kami di amalan akan bantu anda every step of the way. Dari perundingan percuma untuk memahami keadaan anda sehinggalah perundingan bersama pihak bank untuk mendapatkan keringanan untuk anda dan seterusnya menyelesaikan setiap hutang.

 

Anda hanya perlu mengambil langkah pertama untuk menghubungi kami di sini. Tak perlu keluar rumah. Tak perlu mengharungi kesesakan trafik.

 

Program amalan boleh dilaksanakan dengan selamat dan tenang. Tak lama lagi, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada hutang dan menyambut kehidupan new normal tanpa hutang serta kekuasaan mutlak terhadap kewangan peribadi.

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang

Tags