Cukai Pendapatan: Apa Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Frans

Musim cukai telahpun tiba! Adakah anda sudah bersedia? Sama ada anda baru bekerja ataupun ingin penyegaran semula, panduan ini akan bantu anda memahami tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Siapa Perlu Bayar Cukai Pendapatan?

Setiap bulan anda pasti menerima slip gaji jika anda sudah bekerja. Jika gaji bulanan anda lebih kurang RM2,833.33 (atau lebih daripada RM34,000 setahun) selepas potongan KWSP, anda perlu bayar cukai. Jika anda bekerja bebas sebagai freelancer yang menerima pendapatan dari syarikat Malaysia ataupun mempunyai perniagaan sendiri, anda juga perlu bayar cukai jika pendapatan anda mencecah RM34,000 setahun. Namun, jika pendapatan anda kurang daripada nilai tersebut, ia adalah satu amalan baik untuk menyatakan pendapatan anda kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kenapa Perlu Bayar Cukai Pendapatan?

Apabila anda ke jalan raya ataupun taman permainan awam, ingatlah bahawa infrastruktur tersebut dibangunkan daripada cukai pendapatan rakyat Malaysia. Dana cukai digunakan untuk membina dan menambah baik kemudahan yang anda nikmati setiap hari. Cukai pendapatan anda juga digunakan untuk melaksanakan program kerajaan yang membantu orang miskin dan berlainan upaya.

Apa Jadi Kalau Tak Bayar Cukai Pendapatan?

Terdapat tiga perkara utama yang akan berlaku jika anda gagal melaksanakan tanggungjawab bayar cukai sebagai rakyat Malaysia:

1.     Kena penalti 10%

Jika anda tak bayar cukai, anda boleh dikenakan penalti 10% daripada pendapatan bercukai anda. Kemudian, anda boleh dikenakan lagi penalti 5% selepas sebulan anda tak bayar. Ini boleh menjadi punca hutang tertunggak jadi lebih baik anda selesaikan bayaran cukai secepat mungkin. Kesalahan penuh tak bayar cukai boleh dirujuk di laman web LHDN.

2.     Tindakan mahkamah

Jika anda masih tak membayar hutang cukai setelah sekian lama, tindakan mahkamah boleh dikenakan. Harta benda dan barang peribadi anda akan disita oleh pihak kerajaan seperti seorang yang digelar muflis. Anda juga boleh dipenjarakan jika hutang cukai tersebut masih tidak diselesaikan walaupun setelah disita harta benda.

3.     Tidak dibenarkan keluar negara

Sebagai seorang yang berhutang, sekatan perjalanan keluar negara boleh dikenakan. Perkara ini boleh berlaku jika anda seorang pengarah syarikat Malaysia yang tidak menyatakan dan membayar cukai pendapatan. Hal ini akan mengimpak perniagaan serta menjejaskan kualiti hidup anda.



Cara Rakyat Malaysia Bayar Cukai Pendapatan

Laman web yang anda perlu tahu ialah ezHASiL. Di sini anda menyatakan pendapatan anda daripada majikan, perniagaan, dividen, kadar faedah, diskaun, penyewaan rumah, premium, bonus, dan lain-lain pendapatan bercukai.

Jika ini pertama kali anda ingin kemukakan pendapatan bercukai, anda perlu daftar terlebih dahulu di e-Daftar untuk menjana nombor cukai pendapatan. Kemudian, anda perlu pergi ke cawangan LHDN terdekat untuk mendapatkan butiran lanjut. Setelah itu, barulah anda boleh log masuk laman web ezHASiL tersebut buat pertama kali.

Dalam laman web LHDN ezHASiL, anda perlu pilih borang yang berkenaan untuk e-Filing:

  • Borang BE untuk rakyat Malaysia yang tidak berniaga di mana tarikh akhir untuk hantar borang ialah bulan April
  • Borang B untuk rakyat Malaysia yang mempunyai perniagaan di mana tarikh akhir untuk hantar borang ialah bulan Mei

Untuk mengisi borang, anda hanya perlu mengikut arahan yang agak straightforward atau jelas pada borang tersebut. Satu perkara penting yang anda perlu tahu ialah potongan atau pelepasan cukai.

Pelepasan Cukai Ringankan Beban Rakyat Malaysia

Anda boleh rujuk laman web LHDN untuk senarai penuh pelepasan cukai yang anda layak dapati. Secara amnya, setiap individu akan mendapati pelepasan cukai automatik sebanyak RM9,000. Jika anda beragama Islam, anda boleh tuntut rebat cukai untuk zakat dan fitrah. Terdapat juga pelepasan cukai untuk perbelanjaan perubatan, pendidikan di universiti dalam Malaysia, dan juga perbelanjaan peralatan teknologi seperti komputer riba, tablet dan telefon pintar. Oleh sebab pandemik tahun 2020, kerajaan Malaysia telah menambah pelepasan cukai bagi peralatan teknologi untuk memudahkan kerja di rumah atau work from home.

Bayar Cukai dan Elakkan Hutang

Setelah anda mengisi dan menghantar borang untuk e-Filing cukai, anda perlu membayar jumlah tertera sebagai pendapatan bercukai. Senarai untuk cara membuat bayaran serta butiran lanjut adalah di laman web LHDN. Ingat, anda akan dikenakan penalti 10% jika lambat bayar dan seterusnya 5% selepas sebulan masih tak dibayar.

Jika anda ingin mengelakkan penalti dan hutang, lebih baik anda lengkapkan e-Filing dan bayar cukai secepat mungkin. Jadilah seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab supaya kehidupan anda, keluarga, jiran dan rakan-rakan di negara ini terus kekal aman dan selesa.

Adakah anda mempunyai hutang peribadi atau kad kredit? Ingin cari jalan penyelesaian yang lebih mudah, cepat dengan kadar faedah rendah? Hubungi kami amalan Malaysia dan dapatkan perundingan percuma untuk menyelesaikan hutang demi hidup bebas hutang!

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang