Cara Bina Tabiat Simpan Dana Untuk Bebas Hutang

Frans

Anda dah tahu cara-cara untuk melunaskan hutang. Teknik Avalanche, Snowball, dan Snowflake. Tetapi anda masih mengalami masalah untuk mengumpul dan menyiman dana dalam usaha untuk mencapai kebebasan kewangan dalam era New Normal ini.

Jangan risau... kami akan memimpin anda membina tabiat untuk simpan dana supaya anda bebas daripada hutang tak lama lagi.

Pra-syarat Penting

Sebelum anda mula kumpul dan simpan dana, anda perlu semak sama ada anda sudah mempunyai dua perkara berikut:

  1. Pendapatan yang mencukupi
  2. Bajet yang kukuh

Anda harus mempunyai pendapatan yang boleh menampung keperluan asas serta wang lebihan untuk simpanan. Jika anda telah bekerja selama beberapa tahun, anda pasti sudah tahu sama ada pendapatan anda mencukupi ataupun tidak.

Yang penting adalah pembayaran untuk keperluan asas seperti sewa rumah, bil air dan elektrik, pengangkutan dan makanan harian. Selebihnya adalah untuk perbelanjaan masa lapang atau hiburan dan juga simpanan untuk kecemasan atau pelunasan hutang.

Kemudian, anda perlu tetapkan bajet yang kukuh dan munasabah untuk memastikan setiap bahagian tersebut diagihkan secara realistik. 

Secara amnya, 50% pendapatan diagihkan untuk keperluan asas, 30% untuk perbelanjaan lain dan 20% untuk simpanan. Anda boleh mengubah suai purata ini, contohnya kepada 40/30/30, mengikut kemampuan.

Sekiranya anda telahpun tetapkan dua pra-syarat ini, anda sudah bersedia untuk bina tabiat simpan dana.

Mula Dengan Mindset Atau Niat Positif

Apa-apa pun aktiviti yang kita nak buat, kita mestilah mempunyai niat terlebih dahulu. Sebab itu mereka yang beragama Islam mahupun Kristian memulakan segala aktiviti dengan sesuatu niat.

Begitu juga bila anda nak mulakan tabiat penyimpanan dana.

Cuba tanya diri anda, kenapa anda ingin simpan dana?

Lain orang lain jawapannya. Ia mungkin sebab nak:

  • Bebas daripada jeratan hutang
  • Capai kebebasan kewangan
  • Bayar balik jasa ibu bapa

Tuliskan niat anda dalam buku nota ataupun lekatkan kertas pada dinding.

Niat ini adalah sebagai peringatan dalam perjalanan anda terutamanya bila anda kehilangan arah tuju. Coretan tersebut akan bantu anda ke jalan yang lurus semula serta mengukuhkan mindset yang penuh harapan.

Pastikan Anda Ada Target atau Matlamat Ketara

Matlamat ini beza daripada niat yang anda telah tentukan sebelum ini. Matlamat ini mestilah bersifat konkrit dan boleh dicapai.

Berapa banyak anda perlu simpan dan berapa lama?

Mula-mula anda perlu tentukan jumlah hutang anda. Kemudian, pastikan berapa banyak anda perlu bayar setiap bulan. Dengan ini, anda boleh tentukan berapa lama yang diperlukan untuk lunaskan semua hutang anda.

Tentukan berapa banyak wang yang anda perlu simpan dalam masa yang tertentu. Mungkin anda perlukan dana simpanan yang minimum untuk memulakan pembayaran semula secepat mungkin supaya tak dikenakan kadar faedah yang terlampau tinggi.

Biasanya hutang akan dibayar secara cicilan. Jadi anda mungkin perlu bayar hutang seiringan dengan penyimpanan dana.

Ini mungkin agak rumit. Sebab itu anda boleh dapatkan bantuan amalan untuk mencari jalan penyelesaian yang sesuai. Kami sudi nasihat tentang masalah hutang anda setelah anda daftar untuk perundingan percuma.

Buka Akaun Simpanan Khas Untuk Pelunasan Hutang

Sepertimana anda buka akaun berlainan untuk dana kecemasan, anda juga perlu buka akaun khas untuk dana simpanan hutang.

Ini supaya dana tersebut tidak akan digunakan untuk perkara lain sama ada secara sengaja atau tak sengaja. Akaun khas ini juga akan memudahkan anda untuk memantau jumlah dana simpanan semasa. Tak perlu susah payah nak buat kiraan rumit.

Apabila anda telah bersetuju dengan program keringanan hutang bersama amalan, anda akan buka sebuah akaun escrow untuk menyimpan dana. Dana tersebut akan digunakan untuk menyelesaikan hutang anda. Cara ini adalah lebih selamat dan efektif berbanding dengan menggunakan akaun bank anda yang sedia ada.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang akaun escrow, sila hubungi kami di sini.



Set Reminder atau Peringatan Automatik di Google Calendar

Kalendar adalah penting untuk menguruskan kehidupan harian. Jadi, gunakanlah kalendar anda untuk menetapkan peringatan automatik untuk memasukkan sebahagian daripada pendapatan anda ke dalam akaun simpanan.

Jika gaji anda adalah tetap, anda mesti tahu tarikh tepat ia akan memasuki akaun bank. Anda boleh set pemindahan dana secara automatik mahupun manual. Jika manual, anda perlu pastikan pindahan tersebut dilaksanakan secepat mungkin. Sebab itu anda perlu set peringatan dalam kalendar anda.

Dapatkan Rakan Akauntabiliti (Accountability Partner)

Hakikatnya, jarang orang melaksanakan pelunasan hutang secara bersendirian. Jika ada pun, mereka akan mengambil masa yang lebih panjang. Sebab itu kami selalu nasihatkan bahawa anda berkongsi masalah ini bersama ahli keluarga, rakan mahupun kami di amalan.

Mereka yang mengambil berat tentang keadaan anda pasti akan menyokong anda dalam usaha bebas hutang. Mereka ingin lihat anda bebas daripada bebanan hutang dan hidup lebih selesa dan gembira.

Jadi, pastikan anda tahu siapa yang sudi bantu anda dan menjadi rakan akauntabiliti atau accountability parnter. Rakan ini boleh merangkumi ahli keluarga ataupun sahabat anda yang rapat.

Dalam usaha untuk menyimpan dana, sebaik-baiknya anda berterus-terang kepada rakan tersebut terhadap niat anda. Bagi tahu mereka yang anda perlu melaksanakan simpanan ini setiap bulan dan perlukan bantuan mereka untuk mengingatkan anda. Bukannya susah pun. Sekali sebulan je.

Tapi jika anda rasa segan untuk berterus-terang dengan rakan atau ahli keluarga, kami di amalan sudi bantu anda. Setelah kami mengenali anda dengan lebih rapat melalui perundingan percuma dan seterusnya memilih program keringanan hutang yang sesuai, kami akan terus bimbing anda dalam proses penyimpanan dana.

Anda tak perlu rasa keseorangan dalam perjalanan bebas hutang ini.

Hidup Sederhana Buat Sementara Waktu

Bukannya anda perlu hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tetapi anda hanya perlu bijak dengan perbelanjaan anda. Selain keperluan asas, anda perlu tentukan sama ada aktiviti lain bakal memanfaat atau membuangkan masa dan duit anda.

Mungkin temu janji dengan rakan adalah penting tetapi beg jenama Chanel tak berapa penting.

Jika anda dah tentukan bajet anda awal-awal lagi dan disiplin dengan pengagihan dana, masalah ini tak bakal timbul.

Tapi yang anda berlu berhati-hati adalah apabila anda menggunakan kad kredit. Pastikan anda semak bajet anda dan wang yang sedia ada dalam akaun semasa anda. Jika sesuatu perbelanjaan itu bakal melebihi bajet, jangan guna kad kredit tersebut. Sudah ketara hakikat yang anda tak mampu untuk melaksanakan pembelian tersebut.

Nafsu anda memang perlu direndahkan. Tapi bukan buat selama-lamanya. Ini adalah untuk sementara waktu sahaja. Apabila segala hutang anda selesai dan pendapatan anda telah meningkat, bolehlah anda berbelanja sesuka hati asalkan anda tak terhutang lagi!

Bebas Hutang Bersama amalan

Jika anda berminat untuk meringankan hutang anda (kami boleh berunding dengan pihak bank untuk mendapatkan DISKAUN HUTANG) sila daftar butiran anda di sini.

Kami berharap untuk membantu anda ke arah hidup bebas hutang!

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang