Kewangan & Self Care: Bangkit Semula Ketika PKP (Covid-19)

Frans

Krisis Pandemik Covid-19 ini memang sangat mencabarkan diri dan juga kewangan. Tak sah kalau kita tak rasa stress atau gelisah tahun 2020 ini terutamanya bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Walaupun PKP atau lockdown adalah langkah penting untuk menangani virus Covid-19, impak terhadap kesejahteraan diri memang sangat ketara.

Selama PKP ini, pernahkah anda rasa kurang produktif, gelisah sebab ekonomi merosot, ataupun risau akan masa depan anda?

Feeling ni sebenarnya normal dalam keadaan tidak normal ini.

Namun, konsep “normal” sedang berubah.

Dulu kita boleh keluar tanpa risau, sekarang kita tak boleh keluar tanpa pelitup muka dan hand sanitizer.

Dulu kita boleh naik LRT pergi kerja, sekarang kita hanya boleh duduk rumah sahaja.

Jadi, kita perlulah menyesuaikan diri ketika PKP ini bukan sahaja setakat situasi luaran tetapi juga dalaman.

Situasi dalaman ini termasuklah kesihatan mental, kesejahteraan diri secara keseluruhan dan juga kesihatan kewangan. Semua ini perkara-perkara yang jarang dilihat oleh orang lain.

Jika anda rasa kesihatan minda, diri dan kewangan terjejas akibat Covid-19, inilah masa yang sesuai untuk anda bangkit semula.

Tenangkan Minda Terlebih Dahulu

Kebanyakan nasihat kewangan akan terus sentuh tentang belanjawan atau budget anda. Tetapi sebenarnya kita perlulah beri perhatian kepada kesihatan minda terlebih dahulu sebab ia adalah peneraju kesejahteraan hidup anda.

Kalau minda tak cerdas, agak sukar untuk anda memantau kewangan.

Jadi, bagaimanakah anda boleh mencapai ketenangan minda?

1.      Solat dan bertafakur (meditation)

Jika anda mempunyai agama, solat boleh bantu untuk memberi ketenangan minda. Begitu juga dengan bertafakur atau meditation yang juga sesuai untuk anda yang tidak beragama. Anda boleh muat turun app atau cari di YouTube untuk guided meditation yang terbukti untuk menenangkan minda dan mengurangkan rasa gelisah.

2.      Lakukan aktiviti yang tenang

Selain itu, anda juga boleh lakukan aktiviti yang rendah impak seperti memasak, baking, berkebun dan sebagainya. Apabila anda melakukan sesuatu perkara yang melibatkan tangan dan memerlukan konsentrasi penuh, aktiviti tersebut boleh kurangkan stress dan seterusnya membantu meningkatkan kecekapan pekerjaan.

3.      Pastikan persekitaran anda tenang

Apabila bekerja di rumah, anda mungkin berhadapan dengan pelbagai gangguan. Sebaik-baiknya anda patut mengubah situasi persekitaran anda supaya lebih kondusif untuk bekerja. Sebagai contoh, anda boleh membeli peresap (diffuser) dan tambahkan minyak pati untuk menyegarkan udara. Anda juga boleh kemaskan meja dan tambah beberapa tanaman berpasu.

Lakukan Aktiviti Senaman Untuk Mencergaskan Badan

Di samping mencapai kecerdasan minda, anda juga perlu memastikan kecergasan badan.

Apabila anda  bersenam, jantung kita akan lebih aktif untuk mengepam darah ke seluruh badan termasuk otak anda supaya lebih sihat dan teliti.

Dengan senaman serta pemakanan sihat, anda akan sekaligus meningkatkan kualiti hidup.

Setelah diri anda sihat dan sejahtera, barulah anda boleh fokus kepada kesihatan kewangan anda.

Laksanakan Pemeriksaan Kewangan

Kami sarankan anda ketepikan masa lebih kurang satu atau dua jam untuk melaksanakan pemeriksaan kewangan anda.

Anda perlu mengkaji belanjawan (budget) semasa anda. Jika anda tidak mempunyai bajet langsung, kami cadangkan anda mula bina bajet sekarang.

Dengan adanya bajet, anda boleh tahu lebih mendalam tentang aliran tunai anda. Berapa banyak pendapatan dan di mana keluarnya perbelanjaan.

Justeru itu, anda mungkin dalam salah satu situasi berikut:

1.     Pendapatan < Perbelanjaan

Situasi ini adalah di mana pengeluaran wang adalah lebih daripada pendapatan anda. Ini sangat bahaya sebab anda boleh terjebak dalam hutang dan mengalami kesusahan.

Jalan solusinya ada dua: kurangkan perbelanjaan yang tak penting dan tingkatkan pendapatan.

Jika anda telahpun kurangkan perbelanjaan dan tak boleh kurangkan lagi, anda harus meningkatkan pendapatan. Dalam keadaan pandemik ini, kita perlulah kerja lebih keras jadi anda mungkin perlu mengambil lebih daripada satu jenis pekerjaan.

2.     Pendapatan > Perbelanjaan

Jika anda mempunyai dana lebih setelah perbelanjaan asas, ini tak bermakna anda boleh belanja lebih. Pandemik Covid-19 ini telah menunjukkan bahawa keadaan tidak tentu bakal berlaku. Jadi, anda perlu menyediakan payung sebelum hujan.

Gunakan dana selebihnya untuk meningkatkan jumlah simpanan untuk dana kecemasan, persaraan mahupun pembayaran balik hutang.

Selain itu, anda juga boleh mulakan pelaburan untuk meningkatkan pendapatan pasif. Tetapi ingat, sebelum melabur, pastikan anda belajar terlebih dahulu dan jangan sekali-sekali melabur secara buta.

Senaraikan Matlamat dan Rancangan Baru

Setelah anda periksa kewangan semasa, kini anda boleh menetapkan matlamat baru jika perlu.

Contohnya, jika pendapatan anda masih kurang, mungkin anda boleh set matlamat untuk meningkatkan pendapatan bulan sebanyak RM2,000 dalam masa 6 bulan. Kemudian, anda boleh merancangkan bagaimana anda akan capai matlamat ini.

Setiap orang berbeza matlamat dan jalan penyelesaiannya. Jadi pastikan anda tahu apakah matlamat yang anda ingin capai dan fikirkan bagaimana anda boleh capai matlamat tersebut.

Dengan adanya hala tuju, anda tak mungkin rasa hilang arah. Stress pun kurang sebab anda tahu apa yang anda perlu lakukan.

Kemas Kini Belanjawan dengan Andaian Baru

Bila dah ada matlamat, barulah boleh kemas kini belanjawan atau budget anda.

Jika anda dulu ikuti Budgeting Rule 50/30/20, kini anda mungkin nak ubah suai purata tersebut kepada 50/20/30 atau 40/20/40.

Apa-apa pun, pastikan bajet anda realistik.

Teruskan Usaha Anda (Don’t Give Up)

Paling penting sekali, pastikan anda teruskan usaha untuk mencapai matlamat kewangan yang diingini ketika PKP ini.

Tetapi ini tak bermakna anda tak boleh rehat. Rehat itu penting untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri. Jika kita tak sihat dari segi fizikal mahupun mental, lebih susah untuk kita buat kerja dengan efisyen dan produktif. Jadi, cuba praktikkan tabiat kerja dan pengurusan masa yang baik.

Keadaan susah ini adalah sementara.

Daripada mengeluh sebab keadaan tampak tak adil, lebih baik kita ambil cabaran ini untuk meningkatkan kualiti hidup.

Kesimpulan

Kami harap anda faham akan mesej utama kami iaitu untuk mementingkan kesejahteraan diri.

Seperti mana Menteri Kesihatan menasihatkan kita untuk mengawasi pemakanan dan memakai pelitup muka unuk menjaga kesihatan fizikal, kita perlulah memastikan minda kita tenang dan cekap untuk menjaga kesihatan mental.

Apabila minda kita sihat, barulah kerja kita boleh jadi lebih efisyen dan kesihatan kewangan kita akan meningkat.

Lagi satu, jika anda mengalami kesusahan dalam mana-mana aspek hidup anda sama ada dari segi mental, fizikal, pekerjaan mahupun kewangan, kami galakkan anda mendapatkan bantuan profesional secepat mungkin.

Kami di amalan boleh bantu anda sekiranya anda mengalami masalah hutang. Jika hutang anda tertunggak dan anda ingin meringankan beban tersebut, hubungi kami segera.

Dalam program keringanan hutang, kami akan cuba sedaya upaya untuk berunding dengan pihak bank dan memohon diskaun terhadap hutang tertunggak anda.

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang