5 Langkah Untuk Elakkan Hutang Ketika New Normal

Frans

Katakan anda telahpun selesaikan semua hutang anda. Ataupun anda baru sahaja habis belajar di universiti dan tidak mempunyai hutang pelajaran sebab anda telah menerima biasiswa penuh. Pendapatan pasti bakal diterima dan perbelanjaan pasti akan dilaksanakan.

Dalam keadaan New Normal ini, bagaimanakah anda sediakan payung sebelum hujan supaya anda tak terhutang?

1.      Tentukan dan Ikut Bajet

Bajet adalah tulang belakang kewangan peribadi anda. Tanpa bajet, kemungkinan besar anda akan hidup terumbang-ambing dan tak tentu arah. Bajet anda akan membantu anda untuk memantau pendapatan dan mengawal perbelanjaan.

Macam mana nak buat bajet?

Senang je... anda hanya perlu kira pendapatan selepas cukai anda dan mengagihkan jumlah tersebut kepada purata 50/30/20.

Maksudnya, anda akan mengagihkan 50% pendapatan anda untuk barang keperluan, 30% untuk keinginan, dan 20% untuk simpanan.

Purata ini adalah garis panduan sahaja. Anda boleh ubah suai bajet mengikut kemampuan dan matlamat anda. Misalnya, anda boleh kurangkan perbelanjaan untuk keperluan atau keinginan dan tingkatkan simpanan untuk dana kecemasan.

Apakah bezanya perbelanjaan untuk barang keperluan dan keinginan?

Perkara ini hanya ada boleh tentukan. Tetapi secara umumnya, barang keperluan termasuk sewa rumah, pinjaman kereta, bil air dan elektrik, barang dapur, dan insuran kesihatan. Keinginan pula adalah perbelanjaan untuk barang hiasan, hiburan, makan malam romantik, dan sebagainya.

Satu tips untuk mengawal perbelanjaan tersebut adalah untuk membayar semua keperluan seperti sewa dan bil serta meletakkan simpanan anda dalam akaun berlainan terlebih dahulu. Bila dah dapat gaji, terus bayar dan agih. Dengan ini, anda tak mungkin terlebih belanja untuk barang keinginan.

Jadi, sediakanlah bajet siap-siap supaya anda tak terhutang lagi ketika New Normal ini.

2.      Belanja dengan Bijak

Jika anda ikut bajet dan disiplin dengan wang, anda telahpun mengikut langkah pertama untuk belanja dengan bijak. Namun, anda masih perlu berhati-hati terutamanya apabila menggunakan kad kredit.

Kad kredit adalah penting untuk membina skor kredit tinggi yang membolehkan anda melaksanakan pinjaman penting seperti untuk beli rumah. Jika skor kredit rendah, bank tak mungkin percaya akan kemampuan kewangan anda. Jadi, untuk pastikan skor kredit tinggi, anda perlu guna kad kredit dan bayar semula secepat mungkin.

Tapi jika anda asyik guna kad kredit, anda mungkin lupa akan kemampuan sebenar anda. Mungkin anda hanya mempunya RM1,000 untuk dibelanja bulan ini kalau ikut bajet. Tapi sebab adanya kad kredit, anda mungkin tergiur untuk berbelanja lebih sedikit dan akhirnya terhutang RM500.

Anda mungkin fikir boleh bayar balik dengan wang belanja bulan depan. Kalau macam ini, anda sebenarnya telah “merompak” masa depan anda untuk kesenangan hari ini. Jika anda boleh hidup sebegini, tak mengapa. Jika tak, pastikan anda cek bajet terlebih dahulu sebelum anda “wave” kad kredit anda.

Mari kita berbelanja dengan lebih bijak dan berdisiplin ketika New Normal ini.

3.      Bayar Hutang Kad Kredit Setiap Bulan

Sementara dalam topik kad kredit, ada satu perkara yang anda perlu lakukan untuk mengelakkan hutang kad kredit. Senang je... anda harus bayar balik hutang kad kredit anda setiap bulan.

Kenapa setiap bulan? Sebabnya kadar faedah akan dikenakan jika anda gagal bayar balik hutang kad kredit sebelum “due date”. Jika anda tak bayar beberapa bulan, anda mungkin akan bayar lebih daripada apa yang anda terhutang pada asalnya.

Inilah bahayanya kad kredit. Walaupun rasa syok bila guna sebab tak perlu keluarkan wang dari debit serta-merta, anda perlu berhati-hati. Jangan sampai belanja lebih daripada kemampuan. Sebab itu kami sarankan anda buat bajet terlebih dahulu.

Jika anda ingin pastikan anda tak belanja lebih dengan kad kredit, anda boleh set limit untuk perbelanjaan setiap bulan. Hubungi bank anda dan nyatakan keinginan anda untuk set limit kad kredit.

Walau sedikit atau banyak hutang kad kredit, hakikatnya anda masih perlu bayar balik hutang tersebut setiap bulan.



4.      Tingkatkan Pendapatan

Jika anda rasa pendapatan anda masih tak mampu untuk menampung gaya hidup anda, ada dua solusi:

1.       Jimat perbelanjaan

2.      Tingkatkan pendapatan

Cara pertama memerlukan anda untuk mengehadkan nafsu dan hidup secara sederhana. Mungkin anda perlu hidup seperti seorang minimalis. Hanya beli jika perlu. Jika pendirian anda adalah jenis yang tak belanja banyak, cara ini mungkin senang untuk anda.

Jika gaya hidup anda lebih mahal, anda perlulah ikut cara kedua. Jika anda mempunyai gaji tetap, mungkin susah untuk minta peningkatan gaji serta-merta. Kalau tukar pekerjaan pun, kena ikut tempoh pengalaman. Apa yang anda boleh buat untuk tingkatkan pendapatan?

Dapatkan kerja sampingan. Sama ada kerja di kafe pada hujung minggu mahupun jadi pemandu Grab. Anda perlu cari pekerjaan yang menambahkan pendapatan anda.

Sekarang ini, ramai yang boleh dapat pendapatan melalui internet. Ini bermakna mereka bekerja secara online. Sama ada menjual barang ataupun menawarkan servis graphic atau web design. Apa-apa skill yang mereka ada, mereka menggunakan skill tersebut untuk dapat profit.

Ya, boleh je buat kerja online. Yang penting anda mempunyai kemahiran tertentu. Jika anda tak mempunyai kemahiran yang memerlukan anda kerja online, anda boleh belajar. Masih tak terlambat untuk upskill.

Sekarang ini ada banyak kursus percuma atas talian. Anda boleh cek YouTube atau Skillshare. Jika anda tahu rakan yang mempunyai kemahiran yang anda inginkan, tanya mereka jika boleh ajar. Pengetahuan boleh diperoleh jika anda berusaha. “When there’s a will, there’s a way".

Bila anda tingkatkan pendapatan dan mampu mengawal perbelanjaan, anda tak mungkin terjebak dalam belenggu hutang.

Oleh itu, mari berusaha untuk meningkatkan pendapatan supaya kehidupan New Normal anda lebih selesa dan makmur.

5.      Bina Pendapatan Pasif

Anda mungkin mempunyai pendapatan tinggi tetapi anda masih hidup makan gaji. Kebebasan kewangan yang anda ingini masih belum tercapai. Jadi, bagaimana anda pastikan pendapatan terus mekar dan hutang dielakkan?

Antara sebab untuk meningkatkan pendapatan adalah supaya anda mempunyai dana lebih untuk memulakan pelaburan. Setelah dana kecemasan anda lengkap dan anda mampu simpan untuk dana pencen setiap bulan, yang selebihnya anda boleh gunakan untuk melabur.

Peraturan pertama bila melabur ialah hanya guna dana yang anda mampu hilang. Maksudnya, dana ini bukan untuk keperluan, keinginan mahupun simpanan peribadi anda. Ia adalah dana lebih yang anda tak semestinya perlu tetapi boleh digunakan untuk meningkatkan kekayaan anda demi matlamat yang lebih besar.

Antara sebab seseorang itu mula melabur adalah untuk:

  • Pastikan hidup pencen mereka lebih selesa
  • Sebagai dana pendidikan anak kelak
  • Memperoleh dana untuk beli hartanah

Pelaburan adalah salah satu cara untuk anda mencapai kebebasan kewangan sebab pendapatan yang anda terima melalui pelaburan adalah pendapatan pasif. Tak perlu nak buat kerja atau fikir lebih.

Selain pelaburan, anda juga boleh bina pendapatan pasif jika anda jual buku atau sesuatu barangan yang sentiasa akan menjana profit. Dengan itu, anda perlu melibatkan diri dengan sesuatu bisnes. Tetapi ini hanyalah optional. Tak semua perlu melalui perjalanan “entrepreneurship”. Ia bergantung kepada matlamat hidup anda.

Yang penting, setelah anda memperoleh pendapatan lebih, letakkan dana selebihnya dalam sesuatu pelaburan supaya dana tersebut boleh tumbuh secara pasif. Anda mungkin memerlukan dana tersebut satu hari nanti.

Jana Pendapatan Konsisten dan Elakkan Hutang

Matlamat anda seharusnya untuk mengelakkan hutang ataupun melunaskan hutang secepat mungkin. Anda tak mahu hidup dijerat hutang dan bebankan keluarga tersayang. Dalam New Normal ini, anda haruslah berusaha untuk hidup lebih selesa dan capai kebebasan kewangan.

Jika anda mempunyai masalah hutang, jangan segan untuk meminta bantuan amalan. Perundingan pertama anda adalah percuma dan sama-sama kami akan berusaha untuk selesaikan hutang anda.


amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang