Tips Penjagaan Diri Peribadi & Kewangan Ketika Pandemik Covid-19

Frans

Vaksin telahpun tiba di tanah air Malaysia. Namun, kita perlu bersabar dan tunggu giliran untuk mendapatkan vaksin tersebut. Sementara itu, mari kita teruskan dengan amalan penjagaan diri atau self care supaya kita terus sihat dan selamat mengharungi cabaran Covid-19.

Teruskan amalan asas ketika pandemik

Anda pasti sudah fasih dengan tips untuk melindungi diri daripada virus Covid-19.

1.     Kerap sanitize atau cuci tangan

2.     Pastikan jarak dengan manusia lain adalah lebih kurang 2m jika anda keluar rumah

3.     Scan QR code di aplikasi MySejahtera apabila masuk ke sesebuah kedai

4.     Periksa suhu badan untuk pastikan anda tidak demam akibat jangkitan virus

5.     Daftar untuk program imunisasi

Langkah-langkah penjagaan tersebut adalah penting untuk memastikan virus Covid-19 tidak memasuki badan anda dan menjejaskan sistem imun. Perkara ini sebenarnya tergolong dalam amalan penjagaan diri atau sellf care sebab ia memastikan kesihatan anda tidak terjejas.

Setakat bulan Februari ini, jumlah kes keseluruhan di Malaysia telah mencecah 288,000 kes dan jumlah kematian adalah 1,076. Namun begitu, jumlah kes sembuh telah mencecah 256,600 kes bermakna ia tak mustahil untuk sembuh daripada jangkitan virus Covid-19.

Laksanakan amalan self care setiap hari

Pandemik ini telah menyebabkan kesusahan dan kemurungan dalam hidup. Pada bulan Julai 2020, seorang penjaja didapati mati akibat masalah kewangan dan stress menghadapi kesusahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengikut laporan polis, dari bulan Mac hingga Jun 2020, terdapat 78 pembunuhan diri atau suicide di seluruh negara. Sekumpulan pakar dari The Centre melaksanakn kajian dan mendapati sebanyak 45% responden rakyat Malaysia mengalami masalah kegelisahan (anxiety) dan kemurungan (depression).

Jadi, kita perlu memastikan amalan penjagaan diri terutamanya ketika pandemik ini sebagai prioriti hidup.

PENJAGAAN KEWANGAN PERIBADI

Akibat kawalan pergerakan atau lockdown, ramai rakyat Malaysia mengalami masalah kewangan oleh sebab dibuang kerja atau kemorosatan profit perniagaan.

Adakah anda mengalami masalah yang serupa?

Jika anda ingin menyelesaikan masalah kewangan dan memastikan anda tak perlu risau tentang kewangan apabila ekonomi merosot, anda perlu memperhatikan kewangan peribadi anda.

Panduan untuk mengurus kewangan peribadi adalah seperti berikut:

1.     Bina bajet sesuai dengan gaya hidup

2.     Simpan sebahagian pendapatan untuk dana kecemasan

3.     Selesaikan hutang anda satu persatu

4.     Jangan belanja wang melebihi kemampuan

5.     Tingkatkan pendapatan untuk kebebasan kewangan

Pada awal kerjaya atau pekerjaan anda, ia mungkin susah untuk membina kekayaan dan kejayaan yang anda ingini. Sebab itu anda perlu dapatkan pekerjaan yang boleh menampung hidup anda, terus bekerja, jangan berputus asa dan ikuti langkah-langkah di atas. Pengetahuan kewangan adalah sangat penting untuk memastikan hidup yang selesa.

Jika anda mengalami masalah hutang tertunggak dan ingin menyelesaikan dengan cepat dan mudah, kami di amalan sudi membantu dan mewakili anda untuk berunding dengan pihak bank.



SENAMAN DAN PEMAKANAN SIHAT

Selain penjagaan dari segi kewangan, kita juga perlu mengutamakan kesihatan diri. Apabila badan sihat dan akal cerdas, bukan sahaja sistem imun kita kuat untuk melawan virus dan bakteria malah kita boleh fokus dalam pekerjaan serta meningkatkan kualiti hidup.

Dari segi senaman, secara umumnya anda boleh mulakan dengan aktiviti kardio seperti berjoging sekali seminggu. Kemudian, anda boleh meningkatkan kekerapan sebanyak tiga atau lima kali seminggu. Jika anda ingin meningkatkan komposisi otot serta mengurangkan lemak badan, anda boleh menggabungkan senaman angkat badan dalam rutin anda.

Dari segi pemakanan, banyakkan makanan berasaskan sayur-sayuran. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mencadangkan sebanyak 400g sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari dan kurangkan pengambilan makan berlemak dan manis.

Apabila anda melaksanakan gaya hidup sihat, anda lebih berupaya untuk mengharungi masalah kewangan atau hutang dan mengharungi cabaran hidup dalam pandemik ini.

RUANG KERJA PRODUKTIF

Keadaan luaran atau persekitaran kita juga adalah penting untuk kententeraman hidup. Ramai yang terpaksa kerja di rumah akibat kawalan pergerakan ketika pandemik virus Covid-19 ini. Namun, persekitaran di rumah mungkin tidak kondusif untuk bekerja. Solusinya adalah untuk mengubah suai sesuatu ruang di dalam rumah untuk menjadikan sebagai ruang ofis. Dengan tips berikut, anda mungkin boleh rasa bahagia kerja di rumah.

Ruang pekerjaan di rumah boleh merangkumi sebahagian daripada bilik tidur anda iaitu di meja kerja. Selain itu, anda boleh mengubah suai bilik kosong atau bilik tetamu yang tidak digunakan. Jika anda rasa bilik tidur anda tidak sesuai ataupun anda tidak mempunyai bilik kosong, anda boleh menggunakan sebahagian daripada meja makan.

Di manapun ruang kerja anda, pastikan tempat tersebut mempunyai alatan yang anda perlukan seperti komputer, pengecas, alat tulis, kertas dan sebagainya. Oleh sebab pekerjaan adalah atas talian, pastikan sambungan Internet adalah lancar. Sekiranya boleh, pastikan ruang tersebut adalah jauh daripada gangguan.

Jika anda berumah tangga, ia mungkin sukar untuk menjaga anak-anak serta melaksanakan pekerjaan anda. Oleh sebab itu, anda perlu berkomunikasi bersama pasangan serta anak-anak supaya mereka memahami kehendak anda dan bagaimana anda semua boleh membantu satu sama lain untuk menjadikan hidup dan pekerjaan di rumah produktif dan harmoni.

TETAPKAN MASA REHAT

Ketika bekerja di rumah, ramai pekerja mendapati mereka bekerja lebih daripada masa yang dipersetujui. Oleh sebab bekerja di rumah, ia menjadi sukar untuk membahagikan masa kerja dan masa rehat. Apabila bekerja di ofis, anda tahu masa bekerja dan masa berhenti bekerja iaitu apabila keluar makan tengah hari atau masa balik rumah.

Sama seperti kerja di ofis, anda juga perlu menetapkan masa untuk berehat di rumah. Anda bukan robot. Anda seorang manusia yang perlu rehat supaya anda boleh bekerja dengan produktif.

Tetapkan dalam kalendar anda waktu makan tengah hari dan juga waktu rehat secara berkala. Contohnya, anda boleh rehat selama 5-10 minit setiap jam untuk meregangkan otot (stretching) dan minum air. Kemudian, tetapkan masa anda berhenti kerja setiap petang dan tidur pada waktu malam secukupnya.

LUANGKAN MASA DENGAN YANG TERSAYANG

Ramai yang tidak dapat berjumpa dengan keluarga dan rakan-rakan tersayang selama berbulan-bulan akibat pandemik ini. Ini adalah supaya mereka sihat dan selamat.

Namun, ini tidak bermakna anda tak boleh meluangkan masa dengan mereka. Sama seperti pekerjaan, pertemuan bersama yang tersayang kini perlu dilaksanakan atas talian. Anda perlu menetapkan masa untuk membuat panggilan video bersama mereka untuk meneruskan kehidupan sosial anda. Walaupun berjarak fizikal, tak semestinya kita perlu berjarak sosial juga.

Komunikasi adalah sangat penting pada waktu ini. Kita perlu rajin menghantar mesej dan menanyakan khabar kepada keluarga dan rakan-rakan yang tersayang.

Izinkan amalan Malaysia menjaga hutang anda

Kami harap tips-tips di atas boleh membantu anda untuk meningkatkan semangat pada waktu pandemik Covid-19 ini.

Jika anda perlukan bantuan dari segi penyelesaian hutang termasuk pembiayaan semula hutang dan penstrukturan semula hutang, hubungi kami sekarang. Beban hutang anda boleh diringankan dengan cepat dan mudah menggunakan perkhidmatan lancar amalan Malaysia.

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang